April 27, 2024

Search
Close this search box.

Proses perjalanan bagi melaksanakan pendidikan masa hadapan, era abad ke-21 atau “Future Ready Education” (FREE) seharusnya mencakupi permintaan terhadap revolusi Pendidikan 4.0 (Edu4.0).

Berdasarkan pengalaman melaksanakan FREE sejak tahun 2017 yang melalui tiga jenis pedagogi iaitu heutagogi, paragogi dan sibergogi, akhirnya ahli jawatankuasa penggerak  FREE Fakulti Sains (FS) telah berkongsi pengalaman teknologi atas talian (online) secara maya (virtual) hingga ke peringkat antarabangsa.

Pengajaran dan pembelajaran (TnL) secara atas talian sepenuhnya telah dibengkelkan kepada 4  Jabatan berbeza di FS semenjak 2018 dan  diteruskan sebagai satu tradisi.

Proses transformasi ini bermula dengan penggunaan telefon pintar, pengendalian aplikasi, perisian Edu4.0 dan penggunaan webinar sebanyak 26 kali jumlahnya di peringkat Jabatan, Fakulti, Universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

Setakat ini, FREE  mencapai sasaran lebih 1,500 orang pensyarah. Aktiviti FREE secara aktif dilaksanakan bermula dengan proses menunjuk arah pengendalian TnL atas talian, melaksanakan penyelidikan secara maya dan strategi meningkatkan komunikasi berkesan semasa fasa pandemik COVID-19.

Pengendalian 3-4 jam bengkel FREE dan aplikasi secara dalam talian

Bukan setakat itu, malah ilmu pengetahuan tentang FREE telah digunapakai demi melicinkan pelaksanaan minggu kursus pengajian di peringkat antarabangsa secara atas talian sepenuhnya.

Menyedari kesedaran terhadap dunia TnL tidak boleh berada di takuk lama, ahli jawatankuasa penggerak FREE FS  melangkah setapak lagi dengan memastikan penyelidikan TnL melibatkan penerbitan kertas kerja berimpak, mengemaskini laman web FREE FS, meningkatkan fungsi webinar, sistem pengurusan pembelajaran atau “Learning Management System” (LMS), persidangan video atau “Video Conferencing” (VC), media sosial dan teknologi pengendalian TnL yang bersifat selari dan serentak.

Justeru itu, pengguna FREE telah dikelaskan mengikut kemampuan rangkaian komunikasi sama ada lemah, sederhana dan pantas bagi memenuhi permintaan jenis, kaedah, strategi dan kategori bagi pelaksanaan FREE yang lebih berkesan.

Penilaian berasaskan pemeriksaan kertas jawapan atas skrin sudah menjadi kebiasaan berbantukan LMS, alat dan aplikasi sumber terbuka.

Pelbagai inisiatif diambil bagi mengenengahkan kepakaran yang menghubung kait kaedah pembelajaran, kaedah pedagogi abad ke-21 dan aplikasi  yang menyokong TnL ini telah menjadikan FREE cukup bermakna dan menarik.

Implikasinya, ahli jawatankuasa penggerak  FREE FS telah mengubah cara hidup, gaya TnL dan menerima banyak jemputan perkongsian ilmu FREE dari pelbagai universiti di dalam dan luar negara. Hala tuju yang semakin terarah, menjadikan FREE FS terus bergerak semenjak tahun 2017 hingga ke fasa norma baharu pandemik Covid-19.

Penggunaan FREE telah diperluaskan dalam mengendalikan kursus kepakaran tertentu atas talian, perkhidmatan penyelidikan, mengurus pentadbiran akademik dan mengendalikan seminar secara maya. Berikut adalah jadual aktiviti  FREE  FS sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Peringkat Bilangan  Aktiviti Objektif
Online course

GLOW 2020.

 

5 2 staf UTM terlibat dalam  mengendalikam minggu kursus atas talian“International GLOW 2020 Online Lecturer” Memberi 2 kursus untuk   20 jam dan 3 kredit kepada pelajar Telkom Universiti Indonesia
Webinar Antarabangsa

 

8 4 staf dan 2 pelajar PhD dilantik sebagai penceramah dan  ucapan dasar terhadap   bagaimana melaksanakan TnL dan penyelidikan semasa fasa norma baharu pandemik Covid-19 Fokus kepada kaedah baru analisis data dalam penyelidikan dan pengajaran semasa fasa norma baharu pandemik Covid-19.
Webinar Kebangsaan

 

2 Peningkatan penggunakan aplikasi APPLE, fasiliti berdasarkan kepada kepantasan talian internet Pelaksanaan FREE peringkat kebangsaan berdasarkan kekangan yang ada.
Webinar FS 5 12 staf terlibat dalam memperkenalkan pelbagai aplikasi yang menyokong FREE Aplikasi FREE tertentu untuk keperluan Jabatan tertentu
Webinar UTM 2 Pelaksanaan TnL atas talian, langkah, strategi dan kegunaannya Melaksanakan TnL berbantukan teknologi,  aplikasi, LMS, VC dan media sosial
Webinar sekolah 2 Pengenalan kepada FREE dan aplikasi yang mudah digunakan Pendekatan dan implimentasi TnL secara berkala dan berperingkat
Webinar

industri

2 Memperkenalkan perisian dan fasiliti baru bagi meningkatkan fungsi FREE secara global. Bekerjasama dalam meningkatkan penggunaan perisian dan fasiliti FREE

FREE ke arah pembinaan generasi digital baru

 

Dilaporkan Oleh: AP Dr Norma Alias, FREE FS Task Force, FS UTM

Explore More