April 16, 2024

Search
Close this search box.

 

Fakulti Sains terus komited dalam membangunkan ekosistem penyelidikan unggul selari dengan status UTM sebagai Universiti Penyelidikan. Justeru, pelbagai aktiviti galakan dan pembudayaan penyelidikan telah dilaksanakan menerusi program Research Month@FS pada 10-25 Ogos 2020. Program ini juga merupakan kesinambungan kepada Minggu Penyelidikan Fakulti Sains yang dianjurkan pada tahun 2019.

Menurut PM Dr. Zaiton Abdul Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni) Fakulti Sains, program ini juga merupakan strategi dan inisiatif Fakulti bagi membimbing, memberi panduan, berkongsi pengalaman dan menggalakkan semua pensyarah khususnya pensyarah muda untuk terus bergiat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan.

 

     

Fakulti Sains juga menyakini program seperti ini menjadi pemangkin dalam peningkatan kualiti penyelidikan seterusnya menyumbang kepada keperluan Audit (Malaysia Research Assessment) MyRA II UTM. Misalnya hasil daripada pelaksanaan program ini pada tahun 2019, Fakulti Sains telah berjaya memenuhi sasaran seperti melibatkan jumlah dana penyelidikan, sitasi penerbitan dan projek komuniti berimpak tinggi.

Dengan itu, program seumpamanya diteruskan lagi dengan menfokuskan kepada pelbagai aktiviti bengkel dan ceramah yang memberikan impak tinggi kepada hasil penyelidikan. Antaranya adalah:

  1. Taking an Idea from the Lab to Commercialization Forum
  2. Intellectual Properties Workshop
  3. Industrial Talk – Faculty Networking Forum
  4. Sharing Session of University – Industry Collaboration: Expectation & Reality
  5. Edited Book Workshop
  6. Winning Grant Proposal Workshop
  7. Impactful Publication
  8. People Website Update Clinic
  9. Talk on Back to Basic
  10. Online Poster Competition for Postgraduate Students

Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, pelbagai ilmu, panduan, tips dan pengalaman dapat dikongsikan melalui sistem pementoran yang teratur di antara pensyarah Fakulti. Selain pensyarah dan staf sokongan Fakulti, program ini juga diadakan dengan kerjasama persatuan Postgraduate Students Society Faculty of Science (PGSS FS).  Satu pertandingan poster penyelidikan pelajar turut diadakan secara dalam talian sebagai inisiatif untuk  memperkasakan komunikasi penyelidikan mereka.

 

   

Secara keseluruhan, Program Research Month@FS 2020 ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Fakulti Sains mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Lee Siew Ling selaku pengarah program dan semua barisan ahli jawatankuasa pelaksana. Program ini dijangka akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan sokongan yang berterusan daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM.

 

Disediakan oleh : Dr Siti Aminah Setu@Sabtu & Dr Mohd Bakri Bakar

Explore More