April 27, 2024

Search
Close this search box.

YB Tuan Mohd Shahar Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Syarikat Induk IPTA MALAYSIA (MSIM)

Kuala Lumpur – Yang Berhormat Tuan Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Syarikat Induk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia (MSIM) yang diadakan di Grand Petra 2, Royal Widad pada 29 Ogos 2020.

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro-Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur dan YBhg. Dato’ Mohd. Hatar bin Ismail, Pengerusi Syarikat Induk IPTA Malaysia (MSIM).

Tahun ini merupakan giliran UTM menjadi tuan rumah dengan kehadiran seramai 27 orang peserta daripada 19 IPTA seluruh negara.

YB Shahar dalam ucapannya telah menyeru syarikat induk IPTA supaya dapat menentukan way forward untuk memastikan syarikat dapat bersaing dengan syarikat-syarikat lain di luar sana.

YB Mohd Shahar bin Abdullah

“Teknologi dan kemahiran merupakan elemen yang sangat penting bagi syarikat dalam menjadi lebih kompetitif dan berdaya maju. Tingkatkan ilmu pengetahuan dengan memperbanyak Research & Development”, katanya.

Dalam ucapannya juga, YB Shahar memaklumkan bahawa pasukan dari Kementerian Kewangan telah memulakan Jelajah Belanjawan 2021 sejak bulan Julai yang lepas dan usaha ini akan diteruskan hingga ke seluruh negara.

Salah satu kumpulan fokus yang beliau akan bertemu ialah daripada Focus Group Tertiary Education yang bakal diadakan pada 14 September ini di Putrajaya. Ianya akan melibatkan wakil-wakil daripada sektor pendidikan dan teknikal serta mahasiswa.

Melalui sesi seperti ini, Kementerian Kewangan akan mendapatkan maklum balas mengenai inisiatif pakej pemulihan ekonomi PRIHATIN serta PENJANA dan mengumpul cadangan dalam merangka Bajet 2021 bersama semua wakil-wakil industri di Malaysia termasuk pendidikan, belia, pelancongan, ekonomi digital, pertanian, automotif dan banyak lagi.

Secara umum, Majlis Syarikat Induk IPTA Malaysia atau ringkasnya MSIM adalah pertubuhan yang dianggotai oleh semua syarikat induk universiti awam dan merupakan entiti yang amat penting sebagai platform yang menghubungkan syarikat-syarikat tersebut dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Explore More