April 26, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 13 Mei — MySIGHT Rural Technology Group yang terdiri daripada staf akademik Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), UTM Kuala Lumpur hari ini berbesar hati menyumbangkan hands-free hand sanitizer untuk kegunaan staf UTM Kuala Lumpur.

Simbolik penyerahan sumbangan diterima oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pro Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) daripada wakil MySIGHT Rural Technology Group iaitu En. Kamal Azam bin Bani Hashim yang diadakan di lobi Menara Razak UTMKL.

Prof. Dr. Shamsul dan En. Kamal Azam bersama hands-free hand sanitizer sumbangan Fakulti Teknologi Informatik Razak.
Prof. Dr. Shamsul mencuba hands-free hand sanitizer yang disumbangkan

Menurut En. Kamal Azam, idea penghasilannya tercetus apabila kumpulan ini mendapat permintaan dari Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya dalam membantu menyediakan beberapa unit hands-free hand sanitizer dalam membantu mereka memudahkan proses ujian saringan yang perlu dijalankan. Ianya juga direka khas dalam mengurangkan sentuhan penularan wabak.

‘Saya menggunakan kayu sebagai bahan asas bagi mencipta tempat meletakkan hand sanitizer dan membuatnya nampak seakan-akan perabot supaya ianya lebih kemas dan menarik’, tambah En.  Kamal lagi.

Menurutnya lagi, kaedah penggunaannya dipermudahkan lagi dengan cara pengguna menggunakan kaki untuk menekan botol tersebut bagi mengeluarkan cecair pembasmi disinfektan tanpa perlu menggunakan tangan.

En. Kamal bersama hands-free hand sanitizer yang disumbangkan.

Setakat ini sebanyak 8 unit telah berjaya disiapkan dan masih ada lagi 7 unit dalam proses pembuatan. Antara tempat yang akan menerima sumbangan hands-free sanitizer ini ialah Kolej Siswa Jaya, Pusat Kesihatan Universiti UTMKL,  Hospital Rehabilitasi Cheras, Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat dan Klinik Kesihatan Setapak. Manakala di UTMKL dua unit telah diletakkan di Menara Razak iaitu di Lobi dan Aras 5.

Untuk makluman, MySIGHT Rural Technology Group merupakan kumpulan yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti komuniti di kawasan luar bandar.

Walaubagaimanapun, kumpulan ini juga aktif menjalankan aktiviti-aktiviti dalam membantu komuniti semasa Covid-19 menyerang Malaysia.

Explore More