November 22, 2024

Search
Close this search box.

Artikel Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman dari SHARPS disiarkan di Malaysia Gazette

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman

Sebuah artikel bertajuk “Kesan Pandemik COVID-19 ke atas Pekerja dan Majikan” oleh Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman telah disiarkan di Malaysia Gazette. Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman adalah merupakan seorang pensyarah kanan dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM.  Beliau juga merupakan salah seorang penyelidik serta penulis yang aktif dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

“Kesan Pandemik COVID-19 ke atas Pekerja dan Majikan” oleh Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman

 

Antara isu utama yang diutarakan oleh beliau di dalam artikel tersebut menyentuh tentang kesan pandemik COVID-19 dari perspektif majikan dengan pekerja.

Isu-isu penting yang berkisar tentang isu kebajikan pekerja, isu subsidi dan upah serta jaminan pekerjaan turut ditekankan. Artikel beliau turut mengupas lanjut berkenaan hubungan jaminan pekerjaan dengan kesejahteraan psikologi, kesihatan, prestasi kerja, kepercayaan kepada majikan dan niat untuk pusing ganti kerja.

Mari ikuti artikel penuh Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman di:

https://malaysiagazette.com/2020/04/17/kesan-pandemik-covid-19-ke-atas-pekerja-dan-majikan/

 

 

 

Explore More