November 22, 2024

Search
Close this search box.

Penulis bersama: Dr Mohd Iskandar Illyas Tan, Dr Zuhra Junaida Mohamad Husny, Prof. Dr Farahwahida Mohd Yusof, Dr Harisun Yaakob dan Dr Razauden Mohamed Zulkefli

Pakar-pakar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi diberi penghormatan atas kepakaran dan kebolehan yang ada untuk menyumbang kepada masyarakat.

Terbaharu, sebuah program pemantapan kompetensi juruaudit halal anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah diadakan dengan kolaborasi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meningkatkan kecekapan para juruaudit halal di jabatan itu.

Program empat hari itu telah berlangsung di Hotel Merdeka Palace, Kuching dengan kehadiran seramai 36 orang pegawai penguatkuasa JAIS dari seluruh negeri Bumi Kenyalang itu.

Lima pakar UTM diketuai oleh Pengarah Centre of Research for Fiqh Science and Technology (C-FiRST), Prof. Dr Farahwahida Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Centre for Innovative Planning and Development UTM, Dr Zuhra Junaida Mohamad Husny, Felo penyelidik Institut Pembangunan Bioproduk, Dr Harisun Yaakob, Pensyarah Kanan Fakulti Sains, Dr Razauden Mohamed Zulkifli, serta Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan juga CEO, HOLISTICS Lab Sdn Bhd, Dr Mohd Iskandar bin Illyas Tan.

Program turut disertai Cik Farah Dalila Rodzuan, wakil dari HOLISTICS Lab Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Holistic Lab Sdn Bhd, Dr Mohd Iskandar Illyas Tan berkata program tersebut bertujuan memantapkan kompetensi juruaudit halal JAIS di samping memberikan pendedahan kepada penggunaan QuikHalal.

“QuikHalal adalah aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Holistic Lab, sebuah syarikat hiliran UTM dengan tujuan menjalankankan tugas-tugas memeriksa premis makanan halal,” katanya lagi.

Sepanjang program, peserta yang terdiri daripada pegawai agama Islam dan juruaudit halal telah didedahkan dengan teori audit dan penguatkuasaan halal berdasarkan kurikulum yang dibangunkan oleh Majlis Halal Malaysia (MHM),” kata beliau.

HOLISTICS Lab merupakan salah sebuah syarikat hiliran UTM dan merupakan penyedia latihan halal yang diiktiraf oleh MHM.

Menurut Dr. Mohd Iskandar lagi, aspek praktikal audit halal juga diterapkan kepada peserta melalui pelaksanaan latihan audit lapangan di empat lokasi audit lapangan di sekitar bandar Kuching melibatkan industri perhotelan, logistik, makanan dan minuman serta pusat penyembelihan.

“Mereka juga diberi peluang untuk menggunakan aplikasi QuikHalal© yang dibangunkan penyelidik UTM dan telah dikomersialkan oleh HOLISTICS Lab Sdn Bhd.

Para peserta amat teruja dan memberikan reaksi yang sangat positif ke atas QuikHalal©,” tambah beliau.

Menariknya, sinergi bidang kepakaran dari pelbagai disiplin kumpulan penyelidik ini telah mendapat pujian dan penghargaan dari Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Tn. Hj Khalidi.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UTM kerana sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan teknologi bersama juru audit halal JAIS, secara khusus dan industri halal Negeri Sarawak, secara amnya.

Semoga UTM akan terus menerus mendapat kepercayaan pelbagai pihak bagi membantu merancakkan lagi pembangunan negara dan masyarakat.

Pengarah JAIS, Ustaz Haji Khalidi Ibrahim memberikan ucapan alu-aluan kepada para peserta kursus Pemantapan Kompetensi Juruaudit Halal anjuran jabatan itu di Hotel Merdeka Palace, Kuching.
Para peserta memberikan tumpuan yang serius semasa sesi kursus.
Perlaksanaan audit lapangan melibatkan peserta Program Pemantapan Juruaudit Halal JAIS du sekitar bandaraya Kuching.

Tenaga pengajar UTM yang terlibat. Dari kiri Dr Harisun Yaakob, Prof. Dr. Farahwahida Mohd Yusof, Dr. Zuhra Junaida Mohamad Husny, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan juga CEO Holistics Lab Sdn Bhd, Dr. Iskandar Illyas Tan dan Dr. Razauden Mohamed Zulkifli.
Para peserta kursus Program Pemantapan Juruaudit Halal JAIS bergambar di hadapan Hotel Merdeka Palace, Kuching.
Para perserta kursus bergambar kenangan di sesi penutup kursus.

Explore More