November 22, 2024

Search
Close this search box.

 

Jurnal secara atas talian yang diterbitkan oleh penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UMRAN berjaya diindekskan dalam ASEAN Citation Index (ACI), sebuah pengkalan data berpusat bagi rantau Asia Tenggara yang mengindeks rekod-rekod bibliografi dan sitasi kepada hasil-hasil penyelidik yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal akademik di rantau Asia Tenggara.

UMRAN adalah jurnal secara atas talian yang diterbitkan oleh penerbit UTM dan dikendalikan oleh Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM.

Ia mula menerbitkan artikel dalam talian pada tahun 2014 dengan kekerapan tiga (3) isu setiap tahun (Mac, Julai dan November).

Berfungsi sebagai platform kepada ahli akademik, pengamal, dan penyelidik untuk menerbitkan dan menyebarkan pengetahuan serta penemuan penyelidikan, jurnal ini bertujuan untuk memupuk kecemerlangan akademik dalam bidang  berkaitan Pengajian Islam dan Peradaban.

UMRAN juga bermatlamat  untuk menjadi platform kepada ahli akademik, pengamal, dan penyelidik menerbitkan dan menyebarkan pengetahuan serta penemuan penyelidikan mereka yang berkaitan Pengajian Islam dan peradaban. UMRAN  menerima naskhah dan kertas penyelidikan berkaitan Sejarah Islam, Kebudayaan dan Tamadun Islam, Falsafah dan Pemikiran Islam, Sufisme dan Teologi, Politik  Islam, Ekonomi  Islam dan Kewangan, Pengurusan Islam, Syariah, Undang-undang dan kehakiman Islam, Seni Islam, Sains Fiqh dan Teknologi serta Pendidikan Islam.

Selain itu, ia juga menerbitkan hasil penyelidikan dari pendekatan pelbagai disiplin ilmu, namun tumpuan dan isu yang dibincangkan mestilah berkaitan dengan Islam dan masyarakat Islam tanpa mengira perbezaan geografi.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Editor UMRAN atas kejayaan ini.

Explore More