April 26, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 22 Feb. – Enam kumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima penerima pingat emas dalam ‘Malaysian Technology Expo’ atau MTE 2020 melalui projek masing-masing.

Mereka ialah lima pasukan dari Fakulti Kejuruteraan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman, Prof. Ir. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi, Dr. Afnizan Faizal Abdullah dan Dr. Noraini Ibrahim serta satu lagi dari Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun UTM, Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar.

Selain pingat emas, tiga dari para penyelidik ini juga memenangi hadiah khas juri antarabangsa, di mana Dr. Noraini Ibrahim telah memenangi ‘Social Innovation Asia Award 2020’. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan memenangi ‘Japan Intellectual Property Association (JIPA) Special Award’ manakala Prof Dr. Sharifah Rafidah pula memenangi ‘Invention and Innovation Award’. 

Dr. Hafiz Dzarfan tampil unggul dengan hasil penyelidikan beliau iaitu sistem tapisan berasaskan teknologi membran yang bertajuk ‘Hybrid Photocatalytic Membrane Filter System for Household Water’ dan Prof. Dr. Sharifah melalui perisian khas untuk mengoptimakan penggunaan tenaga dalam sektor perindustrian dikenali sebagai ‘Trigensite – A Software to Optimise Industrial Energy Across Multiple Sites’.

Dr. Afnizanfaizal Abdullah mendapat pengiktirafan melalui ciptaannya yang bertajuk ‘Synapse Analytics – Machine Learning Service On the Cloud’ iaitu satu aplikasi yang berasaskan Revolusi Industri ke-4 (IR4) manakala Dr. Siti Hamidah melalui ciptaan ekstrak tumbuhan Roselle sebagai bahan dalam industri kecantikan tempatan.

Dr. Noraini Ibrahim pula beroleh anugerah melalui hasil penyelidikan yang berbentuk aplikasi pengesanan dan kawalan penyakit demam denggi yang bertajuk ‘Smart Dengue-Entomological Surveillance and Prediction Application’.

MTE ialah sebuah pertandingan inovasi bagi penyelidik mempamerkan hasil penciptaan dan inovasi dari dalam dan luar negara.

Kejayaan ini membuktikan UTM mempunyai penyelidik yang hebat dan kualiti hasil penyelidikan yang bertaraf antarabangsa.

Kesemua penyelidik UTM yang memenangi pingat emas di Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Explore More