April 25, 2024

Search
Close this search box.

KOTA TINGGI – Seramai 50 orang kakitangan Jabatan Pendaftar dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terlibat dalam Program Santuni Sekolah Ku yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Mawai,  di sini.

Pengarah Program, Haironizam Mohamad berkata program Tanggungjawap Sosial Universiti (USR) yang berlangsung pada 23 Februari 2020 ini diatur bagi memberikan pendedahan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dapat membantu membentuk identiti pelajar yang cemerlang.

“Kami juga mahu memberikan peluang kepada pelajar sekolah rendah untuk berinteraksi dengan siswa/siswi UTM, memberikan bantuan dari segi sokongan moral dan motivasi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.

Di samping membantu dalam mencapai kecemerlangan akademik, kami juga memberikan kesedaran dalam penjagaan diri dan juga kesihatan di samping menghulurkan sedikit sumbangan kewangan, bahan bacaan dan kemudahan pelajar kepada keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Menurut Haironizam pihak UTM juga menghulurkan bantuan dari segi sokongan moral serta tips menuntut ilmu dengan cara yang efektif kepada palajar-pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Selain pelajar, kami juga memberikan motivasi kepada ibu bapa pelajar-pelajar yang terlibat dalam memainkan peranan penting untuk kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mereka dalam peperiksaan kelak,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Program Motivasi Pelajar dan Mentor-Mentee, Motivasi Ibu Bapa, Ceramah ‘Health Awaraness, Pemeriksaan Gigi dan Kesihatan, Gotong-Royong Taman Muhibbah dan Sudut Pidato/informasi & Pusat.

Program lain yang dijalankan adalah ‘Young Librarian & Sumbangan ‘Reading Station’, Motivasi ‘Smart Muslim Junior’, Kajian Perancangan Desa dan juga beberapa program gotong royong.

Program USR Menabur Bakti itu dijalankan dengan semangat sinergi diantara Jabatan Pendaftar dengan beberapa Pusat Tanggungjawap (PTJ) yang lain seperti Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK), UTM International, Jabatan Perpustakaan UTM, Pusat Kaunseling, Pusat Kesihatan, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dan juga Pusat Islam UTM. Turut hadir adalah Pengetua Sekolah Kebangsaan Mawai, Jalaluddin Mispan @ Mislan.

Pendaftar UTM, Abd Razib Hj. Shahuddin melancarkan program Santuni Sekolah Ku di SK Mawai, Kota Tinggi.
Pendaftar UTM, Abd. Razib Hj. Shahuddin (kiri) menyerahkan surat penghargaan dan bertukar cenderahati dengan Pengetua SK Mawai, Jalaluddin Mispan @ Mislan
Pendaftar UTM dan juga Pengetua SK Mawai bergambar beramai-ramai dengan para peserta dan mahasiswa yang menyertai program USR Jabatan Pendaftar di SK Mawai, Kota Tinggi, Johor.

Kakitangan Jabatan Pendaftar dan juga mahasiswa UTM bekerjasama bergotong-royong mengecat serta membersihkan kawasan SK Mawai, Kota Tinggi

Kakitangan Jabatan Pendaftar bersama mahasiswa bergotong-royong membersihkan sebuah surau berdekatan dengan kawasan USR berkenaan.
Mahasiswa antarabangsa yang terlibat dalam program USR anjuran Jabatan Pendaftar UTM di SK Mawai, Kota Tinggi, Johor.

Kakitangan dan mahasiswa UTM bekerjasama menyediakan juadah makan tengahari untuk petugas program USR ini.

Explore More