April 20, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 7 Mac — Seramai 115 orang mahasiswa jurusan Sains Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didedahkan dengan kepentingan melestarikan dan menjaga alam sekitar apabila menyertai Program Geoinspire Nature Camp atau lebih mesra dikenali sebagai GEOINC, baru-baru ini.

GEOIN merupakan sebuah program Top Bidder anjuran Kelab Geoinformatik UTM yang telah diterajui oleh saudara Kogulan a/l Kumaran, selaku pengarah program dan telah diadakan pada 7 Mac 2020 lalu bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kolej Rahman Putra.

Program ini turut mendapat kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Green Earth Society. Badan NGO ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan berperanan dalam usaha memelihara alam sekitar.

Green Earth Society juga mengenalpasti pencemaran yang terhasil daripada persekitaran seperti pencemaran air, udara dan tanah serta berusaha mengatasinya.

Seramai tiga orang wakil daripada Green Earth Society hadir termasuk Pengasas Green Earth Society, Madam Alicia.

Pihak Green Earth Society juga telah mengadakan satu slot bersama peserta iaitu demonstrasi dan penyediaan “Mudball”.

Mudball ini menggunakan teknologi yang telah dibawa dari  Jepun. Banyak faedah “Mudball” ini dalam merawat pencemaran air seperti berfungsi sebagai agen dalam meneutralkan air dan merawat kolam takungan sungai dan laut yang tercemar. Ia merupakan inovasi dan transformasi kepada kaedah kawalan kualiti air yang efektif dan mudah dibuat.

Sebanyak 5000 “Mudball” telah dihasilkan oleh pelajar dan akan digunakan dalam program pembersihan pantai di Pantai Desaru, Johor Bahru.

Peserta program GEOINC mengharapkan agar program dapat dijalankan pada sesi akan datang bagi menggalakkan keseimbangan pelajar dalam akademik dan aktiviti kokurikulum.

Disediakan oleh:

Nurul Aina binti Saifudin

Unit Protokol Program GEOINC

Explore More