April 27, 2024

Search
Close this search box.

Sebanyak dua pingat Emas, dua Perak dan tiga Gangsa telah berjaya dimenangi oleh pasukan atlet Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kejohanan fasa pertama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2020.

Acara Ping Pong kategori Perseorangan Wanita, Beregu Campuran dan Beregu Lelaki telah memainkan peranan penting dalam menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen UTM.

Ping Pong kategori (Perseorangan Wanita) diwakili oleh Crystal Tiong Hui Man. Kategori Beregu Campuran pula diwakili Chew Zi Khang dan Wong Yie Chee manakala Beregu Lelaki pula diwakili Teh Yee Bryan dan Lim Yong Jie.

Permainan Karate pula tidak kurang hebatnya apabila menyumbang sebanyak dua keping pingat Perak dan juga satu Gangsa. Kategori Lelaki Kumite 55kg telah diwakili oleh Manibharathee A/L Muniandy dan Kumite 75kg pula diwakili oleh Thayalan A/L Selvarajan.

Kategori KATA Individu Lelaki yang diwakili oleh Shium Ming Xu pula menyumbang satu pingat Gangsa.

Acara Pencak Silat juga tidak ketinggalan dalam menyumbang perolehan pingat apabila pesertanya Muhammad Luqman Hakimi Lupiamir yang bertanding dalam kategori Putera 1 berjaya memperolehi pingat Gangsa dalam kategori yang ditandinginya.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan dalam temasya yang berlangsung dari 30 Januari hingga 6 Februari 2020 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Arau, Perlis.

Tahniah diucapkan !

Crystal Tiong Hui Man (Ping Pong Perseorangan Wanita)
Lim Yong Jie & Teh Yee Bryan (Ping Pong Beregu Lelaki)

Shium Ming Xu (Karate KATA Individu)
Muhammad Luqman Hakimi Lupiamir yang bertanding dalam acara Pencak Silat.

Explore More