November 22, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Penulisan “Book Chapters” Perkasa Usaha Penghasilan Penerbitan

Disediakan oleh: Azra Ayue Abdul Rahman

Para pensyarah SHARPS dan penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Lokman Mohd. Tahir di Bengkel Sehari Penulisan Book Chapters.

Sebuah program bengkel sehari berkaitan penulisan book chapters telah berlangsung dengan jayanya di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor. Program inisiatif Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini bertujuan untuk memperkasakan usaha ke arah penghasilan lebih banyak books chapters dalam kalangan pensyarah sekolah.

Pengerusi SHARPS, Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Abd Rahman dalam ucapan perasmiannya menyeru para pensyarah SHARPS untuk memberikan perhatian kepada sasaran sekolah dalam melahirkan book chapters yang meliputi tema-tema utama kepakaran ahli-ahli sekolah.

Tema-tema tersebut adalah seperti Pembangunan Sumber Manusia, Psikologi, Pengajian Umum dan juga berkaitan Service Learning (SL) dalam konteks pengajian tinggi.

Prof. Madya Dr. Lokman Mohd. Tahir dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) berkongsi teknik dan pengalaman dalam penulisan.

Turut dijemput untuk memberi perkongsian berkaitan penulisan book chapters adalah Prof. Madya Dr. Lokman Mohd. Tahir dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH). Beliau telah menekankan pentingnya agar budaya penulisan dalam kalangan pensyarah terus dimandirikan sehingga menjadi seperti pepatah Melayu yang ada menyebut ‘alah biasa, tegal biasa’.

Dalam perkongsian beliau, Prof. Madya Dr. Lokman Mohd. Tahir telah mendedahkan pelbagai tips dan teknik dalam penulisan. Tidak ketinggalan beliau turut berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi serta semangat kepada para pensyarah dalam menyiapkan penulisan walaupun berhadapan dengan berbagai rintangan. Sikap tidak mudah putus asa amat penting dalam menjadikan sesuatu penulisan itu sebuah realiti sehingga dapat diterbitkan.

Para pensyarah mengadakan perbincangan berkaitan penulisan.

 

Bengkel sehari ini dilihat sebagai suatu usaha yang bermanfaat untuk memperbanyakkan lagi penghasilan book chapters dalam kalangan pensyarah. Syabas SHARPS di atas inisiatif penganjuran bengkel ini dan semoga usaha ini membuahkan hasil.

Explore More