Disember 27, 2024

JOHOR BAHRU, 13 Jan. – Di sebalik kesengsaraan kira-kira 480 juta haiwan yang terkorban akibat kebakaran di Australia sejak tahun lalu, seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpanggil untuk menghulur sedikit sumbangan.

Roshini a/p Mahendran, pelajar tahun 1 dari program Bioinformatik, Fakulti Kejuruteraan sangat berhati mulia apabila telah meng’adopt’ LINR Paul, seekor koala yang telah menjadi mangsa kebakaran hutan di Australia.

Roshini

Sebagai seorang pelajar yang masih menuntut, kesudian beliau membelanjakan sejumlah amaun bagi kos adopsi tersebut menggambarkan nilai kemanusiaan yang tinggi yang ada pada beliau.

LINR Paul

LINR Paul merupakan koala hidup pertama yang dimasukkan ke Hospital Koala Port Macquarie untuk rawatan di mana keadaannya parah dengan kesan kebakaran pada sebahagian besar badan serta di tangan dan kaki.

Ia merupakan salah seekor dari 18 koala yang sedang mendapat rawatan di hospital tersebut dan hasil sumbangan dari penyumbang akan digunakan untuk merawat dan menyediakan keperluan asas koala yang diadopsi.

Menurut Roshini, adopsi tersebut adalah secara maya namun sekiranya berkesempatan ke Australia, beliau berpeluang untuk melawat koala tersebut.

“Biarpun kes ini berlaku nun jauh di Australia, tidak bermakna kita di sini tidak boleh menyumbang kerana kebakaran ini merupakan tragedi kepada seluruh dunia.

Oleh itu saya bertekad untuk menjadi sebahagian daripada penyumbang dengan menyumbang kepada adopsi salah seekor koala yang menjadi mangsa.

Biarpun amaunnya tidak lah besar, namun saya percaya ia boleh membantu sedikit sebanyak dalam meringankan beban hospital dan mengurangkan sedikit derita mereka,” kata Roshini.

Roshini bersama ibunya, Shyamilee a/p R. Kutty Krishnan dan adik, Kishera a/p Mahendran telah menerima sijil adopsi dari Hospital Koala Port Macquarie sebagai penghargaan atas kesudian dan keprihatinan mereka.

Beliau turut berharap lebih ramai lagi akan turut menghulurkan sumbangan agar pihak hospital akan mempunyai dana yang mencukupi untuk merawat koala ini.

 

Image may contain: one or more people, possible text that says 'Koala Hospital Port Macquarie November 2 Introducing LINR Paul. He first koala admitted from Lake Innes Nature after the fire. Paul's fur is singed and his feet and hands are burnt. Here he is receiving some fluids from our dedicated volunteers. Our qualified search and rescue volunteer teams are working closely with Rural Fire Service, Port Macquarie-Hastings and Parks and Wildlife Service collect burnt injured koalas and other fauna for treatment and care. 4.4K 493 Comments 1.1K Shares'
Liputan tentang LINR Paul

Explore More