April 19, 2024

Search
Close this search box.

SEOUL, 30 Nov.  — Satu kejayaan yang gemilang dan terbilang telah berjaya dicipta oleh para penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) apabila berjaya membawa pulang sebanyak 12 anugerah hasil dari kemenangan yang menakjubkan di pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2019.

Pertandingan selama dua hari yang berlangsung di Korea Selatan ini telah menyaksikan UTM membawa pulang Satu Hadiah Utama, Dua Hadiah Khas, Tiga Pingat Emas, Satu Pingat Perak dan Lima Pingat Gangsa.

Hadiah utama dimenangi menerusi Prof. Madya Dr. Juhana Jaafar selain Dua Hadiah Khas (Special Awards) yang berjaya dibawa pulang oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Hafiz Dzarfan Othman dan juga Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Mohd. Sam.

Prof. Madya Dr Juhana dari Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), UTM beroleh ‘Grand Prize’ melalui projek beliau bersama pasukan penyelidiknya iaitu, ‘A Newly Designed Hybrid Photocatalytic Nanofiber-Coated Membrane’.

Prof. Madya Dr. Mohd. Hafiz Dzarfan  juga dari AMTEC, UTM cemerlang apabila dianugerahkan ‘Special Award’ berserta Pingat Emas melalui hasil kajian beliau bersama kumpulan penyelidiknya iaitu ‘Mobile Rice Husk Straw Water Filter’ manakala Prof Madya Dr Abdul Rahman menang bergaya dengan merangkul ‘Special Award’ berserta Pingat Emas dengan projek beliau bersama pasukan penyelidik Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA), Indigenous Bacteria to Prolong Concrete Lifespan’.

Penyelidik dari Centre of Lipids Engineering and Applied Research (CLEAR), SKT, Prof. Madya Dr. Liza Md. Salleh pula turut cemerlang apabila membawa pulang pingat emas dan satu pingat perak, masing-masing melalui produk inovasi beliau iaitu Gosweit yang merupakan soft gel yang dihasilkan oleh Pokok Tunjuk Langit (Emas) serta ‘Niomahogel : Sweitenia Mahagoni Wound Healing Hydrogel’ yang beroleh Pingat Perak.

Satu Pingat Perak dibawa pulang menerusi Dr. Wan Norhayati Wan Salleh di samping Lima Pingat Perak berjaya dibawa pulang oleh beberapa orang penyelidik UTM yang lainnya.

SIIF 2019 dianjurkan oleh Persatuan Promosi Inovasi Korea (KIPA) iaitu sebuah perbadanan khas di Korea Selatan yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Promosi Inovasi.

Ia adalah satu-satunya organisasi di negara berkenaan yang aktif mempromosikan penciptaan sejak tahun 1973.

Sekalung tahniah kepada penyelidik UTM yang telah mengharumkan nama universiti ini.

Diharapkan kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan penyelidik yang lainnya untuk terus mengukir kegemilangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Penyelidik UTM yang memenangi pingat kemenangan di SIIF 2019, Korea Selatan
Hadiah Utama (Grand Prize) yang berjaya dimenangi menerusi Prof. Madya Dr. Juhana Jaafar.
Sijil Hadiah Utama kepada Prof. Madya Dr. Juhana Jaafar
Sijil kemenangan untuk Pingat Perak kepada Dr. Wan Norhayati Wan Salleh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Prof Madya Dr Liza bersama sijil kemenangan

 

Prof Madya Dr Juhana bersama sijil serta piala kemenangan beliau
Prof Madya Dr Hafiz Dzarfan bersama pasukan penyelidik dari AMTEC
Prof Madya Dr Abdul Rahman (tengah) bersama pemenang dari Sekolah Kejuruteraan Awam

Explore More