April 18, 2024

Search
Close this search box.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) sekali lagi telah membuktikan kualiti akademiknya adalah yang terbaik serta diperakui oleh badan-badan yang telah mendapat pengiktirafan apabila telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM).

Terbaharu, seramai tiga kumpulan penyelidikan dari SKA telah dijemput untuk membentangkan kertas cadangan (proposal) penyelidikan kepada institut tersebut.

Pengerusi Bersekutu (Staf Penyelidikan dan Akademik), Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, UTM Johor Bahru, Prof. Ts. Dr. Mohammad Ismail berkata tiga proposal penyelidikan SKA itu adalah ‘Development of Integrated Life Cycle Cost into Building Condition for Sustainment, Restoration and Modernization’ yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Izni Syahrizal Ibrahim, Dr. Noor Nabilah Sarbini dan Prof. Dr. Mohammad Ismail

“Proposal kedua pula bertajuk ‘Use of Bottom Ash as Sustainable and Affordable Construction Materials’ dibentangkan oleh Dr. Rosli Noor Mohammad, Dr Eeydzah Aminuddin dan juga saya sendiri,” katanya lagi.

Menurut Prof. Mohammad lagi, proposal ketiga pula bertajuk ‘Acquifer profiling as a Source for clean water Basin’ dibentangkan oleh Prof. Dr. Edy Tonizam.

Mengulas mengenai bentuk kerjasama antara kedua-dua belah pihak, Prof. Mohammad berkata SKA telah bekerjasama dengan CREAM dalam tempoh yang lama di mana institusi itu telah menyumbang dalam pelbagai bentuk sumbangan kepada SKA.

Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) telah diperbadankan pada 26 Mac 2004 sebagai sebuah syarikat yang terhad dengan jaminan tanpa modal saham di bawah Akta Syarikat 1965 atas inisiatif CIDB untuk berfungsi sebagai badan korporat yang menjalankan penyelidikan bagi pihak CIDB.

Peranan dan fungsi CREAM adalah sejajar dengan Teras Strategik 5 (ST 5) seperti yang termaktub dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP 2016-2020) iaitu Inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan mengamalkan kaedah pembinaan baru.

“Mengikut rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sehingga kini CREAM telah menyumbangkan sebanyak RM 6 juta kepada para penyelidik daripada SKA.

Penyelidik dan ahli akademik yang pernah menerima tajaan penyelidikan dari CREAM adalah Prof. Dr. Ahmad Baharuddin Abdul Rahman, Prof. Dr. Azlan Adnan dan Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Md. Sam,” katanya lagi.

Di samping membiayai penyelidikan penyelidik UTM dan SKA, CREAM juga ada memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk yang lain seperti menjadi ahli Panel Penasihat Industri (IAP) kepada UTM.

“CREAM juga telah menghantar penceramah bagi memberikan sesi ceramah dalam beberapa forum anjuran SKA seperti Engineering-Industry Innovation Day (EIIDAY) 2019 dan juga persidangan 4th International Conference On Construction and Building Engineering (ICON BUILD) 2019,” katanya lagi.

Bangunan CIDB CREAM yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004 untuk berfungsi sebagai badan korporat yang menjalankan penyelidikan bagi pihak CIDB. Organisasi ini juga menjalankan usahasama dengan UTM bagi memantapkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pembinaan/kejuruteraan awam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara pasukan dari SKA yang membuat pembentangan. Empat dari kiri ialah Prof. Ts. Dr. Mohammad Ismail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wakil dari SKA semasa sesi pembentangan

 

 

Explore More