Oktober 4, 2024

Search
Close this search box.

Susulan daripada sesi Town Hall UTM pada 24 Oktober 2019 yang lalu, pihak Fakulti Sains telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program Town Hall buat julung kalinya bersama semua warga Fakulti Sains pada 14 November 2019 lalu di Ruang Legar Aras 1, Blok C17 Fakulti Sains.

Aspirasi sesi Town Hall ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi pencapaian 2019 dan strategi Fakulti Sains 2020.

Selain itu, pihak Pengurusan Fakulti juga ingin mendapatkan input dan maklumbalas dari semua staf dan pelajar yang hadir bagi tujuan penambahbaikan prestasi dan hala tuju Fakulti pada masa akan datang.

Seramai 88 orang staf dan 186 pelajar Fakulti Sains telah hadir ke sesi Town Hall ini. Wakil beberapa persatuan turut dijemput hadir iaitu persatuan Post Graduate Student Society (PGSS), Persatuan Sains dan Teknologi (PESAT), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta Persatuan SymBIOSiS.

Dalam sesi ini, Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Abdul Rahim bin Hj. Mohd Yusoff telah memberi taklimat umum mengenai pencapaian tahun 2019 dan strategi Fakulti Sains bagi tahun 2020 kepada mereka yang hadir.

Menurut beliau, sesi seumpama ini merupakan salah satu wadah bagi berkongsi usaha dan perancangan strategi yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak Fakulti demi kesejahteraan dan kesinambungan Fakulti Sains untuk bergerak ke hadapan selaras dengan Pelan Global Universiti 2018-2020 (PGU III) serta  enVision 2025 Universiti.

Pengendalian Town Hall di peringkat fakulti ini juga diharap dapat menerima lebih banyak komen dan maklum balas dari para pengunjung iaitu khususnya staf dan para pelajar Fakulti Sains sendiri.

Maklum balas yang diterima juga telah dikategorikan mengikut Key Focus Area (KFA) Universiti dengan fokus utama kepada KFA 1 (Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran serta Transformasi Pengalaman Kampus), KFA 2 (Kecemerlangan dalam Penyelidikan serta Libatsama Industri dan Komuniti), KFA 6 (Kesohoran Global dan Penjenamaan) serta maklum balas kategori umum. Ianya bagi memudahkan fokus penambahbaikan dilakukan mengikut KFA yang berkaitan.

Pihak Fakulti merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan idea dan maklum balas dari semua pengunjung dan berharap ianya akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Dilaporkan oleh: Hjh Nor Azlinda Abu Bakar

Explore More