April 19, 2024

Search
Close this search box.

PUTRAJAYA, 9 Nov. — Lima mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertindak cemerlang apabila berjaya membantu Pusat Sukan Tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (PST-KPM) dalam menjuarai pertandingan Varsity Boat Race kali ke-14.

Mereka terdiri daripada Muhammad Zulhanif Mazlan (Pelajar Teras Kecemerlangan Sukan), Muhammad Khairuddin Azwi, Shahrul Ikhwan Shaharudin, Yon Kong Chen dan Muhammad Ashraf Radzi.

UTM juga turut memperolehi dua pingat emas menerusi Nur Afiqah Zamia dalam acara ‘Lightweight Women’s Double Scull’ dan acara ‘Men Eight’ yang turut menyumbang pingat emas yang diperolehi menerusi Muhammad Zulhanif Mazlan, Muhammad Khairuddin Azwi, Shahrul Ikhwan Shaharudin, Yon Kong Chen dan Muhammad Ashraf Radzi.

Muhammad Khairuddin Azwi mendapat perak pertama untuk acara ‘Men Single’ manakala Muhammad Ashraf Radzi dan Shahrul Ikhwan Sharudin memperolehi pingat perak kedua menerusi kategori ‘Men’s Double Scull’.

Pasukan PST turut diwakili tiga pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) iaitu Muhammad Rabani Hashim, Muhammad Aizuddin Zakaria, Adli Irfan Muhammad Zahir dan juga seorang mahasiswa Universiti Industri Selangor (UNISEL), Mohamad Amirul Norhadi.

Universiti Tun Hussein Onn(UTHM) telah mendapat tempat kedua manakala Universitas Pendidikan Indonesia(UPI) berjaya merangkul tempat ketiga.

Dengan kemenangan ini, Pasukan PST-KPM secara keseluruhan mendapat dua pingat emas dan tiga pingat perak daripada tujuh acara yang dipertandingkan seterusnya melayakkan pasukan ini menjadi Juara Keseluruhan bagi Varsity Boat Race 2019.

Pada kali ini, Varsity Boat Race 2019 berlangsung selama lima hari bermula 5 November dan berakhir 9 November di Putrajaya.

Kesemua pemenang menerima sijil dan medal yang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad.

Tahniah diucapkan!

Pasukan PST-KPM menerima hadiah utama dari Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik) Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad (depan kanan) di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya.

Explore More