Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Tahun 1 Program Perancangan Bandar Dan Wilayah FABU Teruja Sertai Bengkel Teknik Lakaran

Artikel disediakan oleh Gs. Dr. Noradila Rusli 

JOHOR BAHRU, 14 Okt. — Sejumlah 48 orang pelajar Tahun 1 program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menyertai Bengkel Teknik Lakaran yang telah disampaikan oleh En Hisham Ibrahim yang merupakan Pengarah RDC Arkitek Sdn. Bhd.

Beliau yang berpengalaman luas dalam teknik lakaran terutamanya menggunakan medium pensel dan pen, telah berkongsi kaedah lakaran yang betul dengan para pelajar menggunakan teknik-teknik yang amat mudah untuk difahami dan dipraktikkan.

Sepanjang bengkel, pelajar bersama-sama penceramah melakukan hands-on lakaran yang mencakupi aspek lakaran lines and architectural lettering, human figure and trees, one point perspective, two point perspective dan techniques of shading.

Sepanjang bengkel berlangsung juga, En Hisham sangat bermurah hati menghadiahkan koleksi-koleksi lakaran beliau sebagai cenderahati kepada pada pelajar. Masing-masing sangat teruja dan begitu bersemangat sepanjang mengikuti bengkel ini.

Program yang bermula pada awal pagi dan berakhir sekitar jam 4.30 petang ini berjaya mengasah kemahiran para pelajar dimana pada akhir bengkel ini para pelajar berjaya mempamerkan hasil lakaran masing-masing dengan merujuk kepada gambar-gambar menarik sekitar lawatan tapak ke Kota Iskandar, pada minggu lalu.

Hasil maklumbalas yang diperolehi oleh para pelajar adalah amat positif dan berharap bengkel-bengkel seumpama ini dapat dianjurkan lagi kerana mereka mendapat menerima manfaat secara langsung daripada orang –orang yang pakar dalam bidang masing-masing

 

Sesi penyampaian cenderahati kepada En Hisham Ibrahim

 

Explore More