Disember 6, 2024

Search
Close this search box.

Lawatan Kerja International Genetically Engineered Machine Foundation (iGEM) ke Fakulti Sains

Jabatan Biosains, Fakulti Sains telah menerima lawatan daripada Encik Hassnain Qasim Bokhari dan Cik Nabila Akhyar dari International Genetically Engineered Machine ( iGEM ) Foundation.

Lawatan ini diadakan oleh wakil iGEM untuk memberi pendedahan berkaitan pertandingan iGEM Giant Jamboree yang setiap tahun diadakan di Boston, Amerika Syarikat.

Pada lawatan kali ini, En. Hassnain dan Cik Nabila telah menyampaikan taklimat berkenaan selama dua jam kepada lebih 100 orang pelajar pra-siswazah tahun 1 dan tahun 2 dari Program Sarjana Muda Sains (Biologi) dan Sarjana Muda Sains (Biologi Industri).

En. Hassnain memberikan taklimat kepada pelajar

Pada taklimat ini, para pelajar dan staf akademik diberi penerangan berkenaan syarat-syarat penyertaan dan langkah-langkah permohonan penyertaan yang perlu dipertimbangkan sekiranya ingin menyertai pertandingan.

Malah, wakil mereka turut menjelaskan peranan iGEM Foundation dalam memastikan setiap kumpulan yang bertanding diberi bimbingan dalam melaksanakan setiap tugasan bagi tujuan pertandingan tersebut. Bimbingan dari iGEM Foundation akan diberikan kepada kumpulan peserta dari sebelum pertandingan sehingga selepas pertandingan diadakan.

Perkara ini adalah sesuatu yang sangat bagus kerana peserta akan beroleh manfaat yang berpanjangan dari hasil menyertai iGEM.

Antara pelajar dan staf akademik telah hadir ke sesi taklimat ini

 

Beberapa staf akademik dari Jabatan Biosains dan Jabatan Kimia, Fakulti Sains serta Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan telah turut serta hadir mendengar taklimat. Menurut Pengarah Jabatan Biosains, penglibatan dalam iGEM Giant Jamboree 2020 adalah sesuatu yang perlu dirancang secepat mungkin memandangkan ia adalah sesuatu yang sangat bagus untuk perkembangan para siswazah dari segi akademik, teknikal dan kemahiran kendiri.

Di samping itu, Fakulti Sains melalui wakil pengurusannya turut memberi sokongan kepada rancangan mewujudkan pasukan iGEM UTM bagi pertandingan iGEM Giant Jamboree 2020.

   

 

Prepared by: Dr. Nur Izzati Mohd Noh (Jabatan Biosains)

 

Explore More