April 20, 2024

Search
Close this search box.

BATU PAHAT, 23 Sept. —  Seramai 13 orang penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membawa pulang pingat emas di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini.

Di samping pingat emas, seramai sembilan orang penyelidik UTM membawa pulang pingat perak dan satu pingat gangsa sekaligus menjadikan pertandingan ini menjadi medan tanding pertama yang menyaksikan kesemua 23 penyertaan universiti ini membawa pulang pingat kemenangan.

PECIPTA adalah program yang dijalankan dua tahun sekali yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersama-sama dengan institusi rakannya sejak tahun 2001 yang bertujuan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan inovatif dari institusi pengajian tinggi.

Kesemua pemenang menerima pingat masing-masing dari Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Ybhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Turut hadir adalah Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Prof. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Pemenang pingat emas adalah seperti berikut;

1. Dr. Dayana Farzeeha Ali
2. Dr Rosnani Binti Hasham @ Hisam
3. Prof. Khairiyah Bte Mohd.Yusof
4. Dr. Mohd Khairi Abu Husain
5. Dr. Mohammadreza Vafaei
6. Dr. Jaysuman Bin Pusppanathan
7. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman
8. Dr. Rohah A. Majid
9. Prof. Madya Dr. Mohd Haizal Jamaluddin
10. Prof. Madya Dr Mohd Azizi Che Yunus
11. Prof. Madya Dr Liza Bt. Md. Salleh
12. Prof. Madya Dr Liza Bt. Md. Salleh
13. Prof Madya Dr. Muhammad Nasir Ibrahim

Pingat perak;

1. Dr. Hau Yuan Wen
2. Dr Norhaniza Yusof
3. Prof. Madya Dr Juhana Jaafar
4. Dr. Wan Norharyati Wan Salleh
5. Prof. Ir. Dr. Zainuddin Abd Manan
6. Dr. Muhammad Tahir
7. Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Ridzuan Bin Ahmad.
8. Dr. Syafiqah Binti Saidin
9. Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar

Pingat Gangsa
1) Prof. Madya Dr. Goh Pei Sean

Dari kiri, Timbalan Naib Canselor (Inovasi dan Penyelidikan) UTHM, Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM, Prof. Dr. Wahid Razzaly dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir menyampaikan hadiah kemenangan kepada salah seorang pemenang UTM di PECIPTA 2019 yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat, Johor.
No photo description available.
Pingat Emas Pecipta 2019

Pameran UTM di Pecipta 2019:

Image may contain: Mohd Hafiz Dzarfan, text
Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Dzarfan Othman bersama pingat emas yang dimenangi beliau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More