April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 1 Ogos  — Satu bengkel bimbingan memasak sejenis kuih istimewa yang diberikan nama sebagai Durian Crepe telah dianjurkan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kepada staf dan orang awam.

Bengkel satu hari tersebut telah berlangsung di bangunan pejabat CCIN yang terletak di Taman Tropika, UTM kampus Johor Bahru.

Penyelaras Program, Md. Yani Kasiren berkata ‘Durian Crepe’ adalah kuih kegemaran terkini yang terhasil daripada inovasi pembuatan kuih menggunakan “raja buah” yang amat popular dikalangan masyarakat Malaysia.

“Crepe” yang berasal dari Perancis ini mempunyai persamaan dengan kuih lempeng sajian tempatan Malaysia dan “Durian Crepe” telah tercipta sebagai juadah ringan untuk dinikmati oleh penggemar durian seiringan dengan peredaran masa yang melihatkan kepada perkembangan “fusion food”.

“Justeru, tercetus satu inisiatif oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) untuk menganjurkan kursus pembangunan komuniti bersiri yang dimulakan dengan Kursus Masterclass Durian Crepe khususnya ditujukan kepada wanita yang gemar untuk mendalami bakat pembuatan kuih moden dan ingin menggunakan skil ini untuk menjana pendapatan sampingan,” katanya.

Kelas siri pertama ini telah dihadiri oleh 10 peserta dalam dan luar Universiti dan dikendalikan oleh Puan Marina Zainal, salah seorang staf CCIN yang cukup berbakat didalam pembuatan kek.

Peserta telah didedahkan dengan adunan dan pembuatan “Durian Crepe” bermula dengan bahan asas sehingga ke teknik pembuatan dan pembungkusan produk akhir.

Penganjuran kursus pembangunan komuniti bersiri ini akan terus dianjurkan mengikut tema dan selaras dengan usaha untuk menyokong hasrat “Universiti untuk Masyarakat” yang digagaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan UTM.

Para peserta bengkel memasak Durian Crepe anjuran CCINUTM menunjukkan Durian Crepe masing-masing selepas tamat sesi bengkel. Turut serta adalah tenaga pengajar, Pn Marina Zainal (berjubah coklat).

Explore More