November 26, 2024

Search
Close this search box.

Program Perintis Saintis Muda 2019 Cermin Usaha UTM Semarakkan STEM

Young Scientist Pioneer Program adalah program penjenamaan semula dari yang pertama dan kedua yang dilakukan dengan nama School Attack yang diadakan di SMK Parit Yusuf, Batu Pahat dan SMK Sri Skudai, Skudai.

Program ini telah diadakan di SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan, Sarawak, pada 16 – 18 Julai 2019. Seramai 100 orang pelajar beserta 16 fasilitator dari Kolej Datin Seri Endon (KDSE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai program ini.

Program ini adalah kerjasama Fakulti Sains, UTM, Persatuan Optik Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Fasilitator adalah terdiri daripada para pelajar yang berlainan latar belakang kursus di UTM. Semoga dengan keunikan tersebut akan memberi perbezaan daripada program STEM yang lain kerana perkongsian pelbagai idea dari bidang pengajian dalam membuat modul kreatif untuk STEM ini.

Seramai empat (4) orang jemputan khas (VIP) semasa majlis pembukaan dan penutup iaitu Tn Hj Shabini, Pegawai SIP+ dan Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan, Dr. Nazeri Abd Rahman, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Kejuruteraan, Unimas, PM. Dr. Liza Binti Md Salleh, Pengetua Kolej Datin Seri Endon, UTM, Johor, dan En Khalic bin Abdul Hamid Pengetua SMK Wira Penrissen.

Program ini bertujuan untuk menarik minat dan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) agar mereka memilih aliran sains tulen sebagai pilihan utama semasa di peringkat menengah atas dan seterusnya di universiti.

Hal ini disebabkan STEM adalah berlandaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi penyediaan pekerja berkemahiran tinggi bertepatan dengan tuntutan industri.

Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan hanya 23% pelajar di sekolah menengah atas mempelajari sains tulen di Malaysia. Berdasarkan anggaran, Malaysia perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 5,000 graduan berkemahiran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk mencapai 20 negara teratas dunia dalam sektor ekonomi, pembangunan sosial dan inovasi.

Selain itu, program ini merupakan inisiatif untuk memperkenalkan UTM di Malaysia Timur dan memberi peluang kepada pelajar UTM untuk melibatkan diri dengan masyarakat setempat dalam budaya yang berbeza.

Terdapat pelbagai objektif program ini seperti memperkenalkan STEM secara meluas dalam kalangan pelajar di sekolah serta menarik minat mereka terhadap sains dan teknologi dalam memilih laluan kerjaya masa depan.

Melalui program ini, pelajar diberi pendedahan untuk mempelajari sains dengan cara yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan peperiksaan. Di samping itu, program ini adalah sebagai kayu ukur dalam menguji modul baru STEM dengan keupayaan pelajar berfikiran tertib tinggi dan memastikan modul-modul itu selari dengan sukatan pelajaran sekolah. Program ini juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan UTM sebagai universiti berprestij yang menawarkan kursus STEM.

Kesimpulannya, Program Young Scientist Pioneer Program diharap boleh menjadi pencetus minat pelajar dalam STEM. Kerjasama antara universiti, sekolah dan guru lain turut memberi peluang kepada pelajar UTM untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan juga kemahiran berfikir.

 

https://www.facebook.com/Young-Scientist-Pioneer-Program-397281780907489/

https://www.facebook.com/KolejDatinSeriEndonUTM/?epa=SEARCH_BOX

 

 

 

Explore More