Disember 26, 2024

Hari Bebas Kenderaan UTMKL Galak Budaya Sihat Di Kalangan Warga Kampus

 

KUALA LUMPUR, 24 Jul. — Pelaksanaan inisiatif pelestarian merupakan antara inisiatif universiti dalam usaha menjadikan kampus sedia ada ke arah Kampus Lestari yang mengamalkan kelestarian merentas semua operasinya dalam menjadikan kampus sebagai tempat yang lebih baik dan kondusif untuk mahasiswa, kakitangan dan pemegang taruh yang lain.

Bagi merealisasikan inisiatif ini, pelbagai aktiviti dan usaha-usaha promosi telah diadakan bagi menggerakkan inisiatif pelestarian di dalam kampus dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan seluruh warga kampus.

Hari ini Program Car Free Day (CFD) atau Hari Bebas Kenderaan peringkat UTMKL  telah dilancarkan.  Ini merupakan tahun pertama pelaksanaan CFD dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus di samping menyokong budaya komuniti rendah karbon serta amalan gaya hidup sihat.  Terdapat 600 lot parkir disediakan di Residensi UTMKL bagi semua warga universiti semasa program ini berlangsung.  Program ini dijadualkan akan berlangsung secara berkala iaitu sekali dalam sebulan.

UTM berhasrat untuk mengadakan program ini pada setiap Rabu minggu keempat setiap bulan bermula dari pukul 7 pagi hingga 5.30 petang.  Pada majlis pelancaran ini, beberapa  aktiviti menarik telah disediakan iaitu senamrobik dan kempen 10,000 langkah @CFD UTMKL. Pro Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin akan merasmikan majlis dan seterusnya melepaskan warga kampus untuk berjalan di seluruh kampus UTM Kuala Lumpur.

Explore More