Mei 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM – IMOSS Jalin Kerjasama dalam Bidang Pemetaan Topografi dan Geospatial Menggunakan Teknologi LIDAR

JOHOR BAHRU, 16 Jul. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan IMOSS Technology Sdn Bhd (IMOSS) telah menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) melalui Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang pemetaan topografi dan geospatial.

IMOSS merupakan syarikat perkhidmatan pemetaan Light Detection and Ranging (LIDAR) di Malaysia.

Sehubungan itu, kerjasama ini akan menggunakan teknologi LIDAR.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail bagi pihak UTM manakala bagi pihak IMOSS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar FABU, Prof Madya Sr Dr Razali bin Adul Hamid serta rakan industri dari Smart Selangor (SmartSel) dan Permodalan Darul Takzim ( PDT).

Kolaborasi IMOSS dan UTM melalui FABU dilihat sebagai salah satu langkah berpotensi bagi kedua-dua pihak di dalam pembangunan berterusan modal insan, R&D dan inovasi industri dan pengkormersialan kepakaran dalam bidang geoinformasi.

Kerjasama ini juga membolehkan UTM menjalankan penyelidikan yang menggunakan projek-projek IMOSS untuk penyelidikan berkaitan dalam bidang LIDAR, geoinformasi dan sebagainya.

Melalui perjanjian persefahaman ini, UTM sentiasa bersiap sedia untuk memberikan kerjasama bagi menjana inovasi terkini bagi mewujudkan perkongsian pintar bersama pihak industri.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IMOSS Technology Sdn Bhd., Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi sedang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

Explore More