April 20, 2024

Search
Close this search box.

Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FABU Kali Pertama Selepas Sinergi

Selepas  penggabungan dua fakulti kepada satu fakulti selaras dengan sinergi 4.0 pada tahun lepas, AKRAB atau Badan Kebajikan Staf FABU telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali pertama yang melibatkan seramai 295 orang staf FABU bersama dengan ahli keluarga masing-masing.

Sasaran tetamu pada majlis itu adalah seramai 600 orang.

Kemeriahan tersebut dapat dirasai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan pada 20 Jun 2019 iaitu pada Khamis yang lepas.

Pada pagi Khamis, program Kenduri Sefakulti telah diadakan bagi tujuan merewang dan menyediakan makanan untuk Majlis Sambutan Aidilfitri pada sebelah malam.

Kemeriahan dan semangat bekerjasama amat dirasai semasa aktiviti merewang diadakan.

Ini selaras dengan objektif program Kenduri Sefakulti yang ideanya dicetus oleh Pengerusi AKRAB, Dr. Wan Ibrisam Fikry b. Wan Ismail iaitu untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staf akademik mahupun staf bukan akademik FABU, mewujudkan semangat bekerjasama di samping merayakan hari lebaran setelah sebulan berpuasa.

Program kenduri sefakulti bermula seawal 8.30 pagi di Foyer B12, FABU. Antara aktiviti program ini ialah menyediakan bahan-bahan memasak bagi menu utama, melapah daging lembu dan menyusun kerusi dan meja bagi Majlis Aidilfitri pada sebelah malam.

Majlis Sambutan Aidilfitri FABU bermula pada jam 8.30 malam dengan dihadiri oleh staf FABU bersama ahli keluarga dengan berpakaian raya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dekan FABU, Prof. Dr. Mohd Hamdan b. Ahmad.

Selepas ucapan Dekan dan Pengerusi AKRAB, majlis dimeriahkan dengan nyanyian marhaban oleh semua tetamu untuk menghidupkan suasana hari raya semasa majlis.

Semasa tetamu sedang menjamu selera, pelbagai aktiviti untuk memeriahkan suasana majlis telah diadakan antaranya Cabutan Bertuah, Kuiz Hari Raya serta Pertandingan FABU Meletop Raya. Pengerusi AKRAB dalam ucapannya berharap agar majlis sebegini yang melibatkan semua staf FABU diperbanyakkan agar ukhuwah dan jalinan mesra di antara staf FABU dapat dirapatkan serta dieratkan.

Antara AJK Majlis Sambutan Aidilfitri FABU

Explore More