April 25, 2024

Search
Close this search box.

Badan Kebajikan Staf FABU Anjur Pertandingan Bowling Rapatkan Ukhuwah Antara Warga FABU

Badan Kebajikan Staf FABU yang juga dikenali sebagai AKRAB telah menganjurkan satu program iaitu ‘AKRAB Bowling Tournament’ pada 15 Mac 2019 yang lalu bertempat di Lite Superbowl JB, Pelangi Leisure Mall.

Penglibatan dalam Pertandingan Bowling anjuran AKRAB ini adalah seramai 100 orang yang melibatkan staf FABU serta keluarga staf FABU.

Matlamat program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara dua Fakulti iaitu Fakulti Alam Bina dan Fakulti Geoinformasi Harta Tanah yang telah bergabung pada Julai 2018 sempena Sinergi 4.0 di kalangan warganya iaitu staf akademik mahupun staf bukan akademik.

Selain itu, objektif utama program ini adalah untuk mencungkil bakat staf yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan bowling ini antaranya Kategori Berpasukan Campuran yang melibatkan campuran staf dan ahli keluarga staf, Kategori Berpasukan Keluarga yang bertanding sesama ahli keluarga staf serta Kategori Individu Lelaki dan Perempuan.

Bagi Kategori Berpasukan Campuran dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Dr. Wan Ibrisam Fikry b. Wan Ismail dan ahlinya iaitu En. Razali b. Aman, Pn. Ummi Hairani bt. Mohd Noor dan Pn. Nurhafizah bt. Samsuri.

Tempat Ke-2 pula dimenangi oleh kumpulan Dr. Nurshikin bt. Mohamad Shukery yang ahlinya terdiri daripada En. Nazib, En. Nurul Amrie Abdullah dan En. Mohd Taufik Zanial Abidin manakala pemenang tempat ke-3 terdiri daripada anak-anak staf FABU.

Hadiah disediakan sehingga tempat ke-8.

Juara Kategori Berpasukan Campuran
Tempat Ke-2 Kategori Berpasukan Campuran
Tempat Ke-3 Kategori Berpasukan Campuran

Bagi Kategori Berpasukan Keluarga, keluarga Dr. Muhammad Imzan b. Hassan telah mendominasi tempat pertama manakala keluarga Prof. Madya Mohamad Nor b. Said di tempat kedua dan Dr. Muzani b. Mustapa dan keluarga di tempat ketiga.

Dr. Wan Ibrisam Fikry b. Wan Ismail selaku Pengerusi AKRAB telah meraih kemenangan berganda apabila dinobatkan juara bagi 2 kategori berbeza iaitu Kategori Berpasukan Campuran dan Kategori Individu Lelaki manakala bagi Kategori Individu Perempuan dimenangi oleh Puan Hasnah Mat Ali.

Juara Kategori Berpasukan Keluarga
Tempat Ke-2 Kategori Berpasukan Keluarga
Tempat Ke-3 Kategori Berpasukan Keluarga
Pemenang Kategori Individu Lelaki

Hadiah disampaikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Dr. Mohd Hamdan b. Ahmad, Prof. Dr. Rose Alinda bt. Alias serta Pengerusi AKRAB, Dr. Wan Ibrisam Fikry b. Wan Ismail.

Explore More