Disember 13, 2024

Search
Close this search box.

Tioman, 22 April — Seramai 40 orang Ahli Jawatankuasa dan 20 peserta dari kalangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Kampus Johor Bahru telah menyertai program Geo Inspire Nature Camp (GEOINC) yang bertempat di Pulau Tioman yang diadakan pada 5 hingga 7 April 2019.

Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah aktiviti kitar-semula, pembersihan pantai, snorkeling dan aktiviti bersama Reef Check Malaysia iaitu pemulihan terumbu karang.

Dalam aktiviti pemulihan terumbu karang ini peserta telah mempelajari banyak perkara baru yang berkaitan dengannya bermula dari proses menyediakan ‘coral pot’ sehinggalah proses ‘coral planting’.

Selain mempelajari perkara baru, aktiviti ini juga dapat membuka minda mereka betapa pentingnya kewujudan terumbu karang ini dalam memastikan keseimbangan alam sekitar dan juga ekonomi masyarakat setempat.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Geoinformatik Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru dengan kerjasama Reef Check Malaysia dan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM.

Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pelajar yang berfikiran terbuka dan peka kepada keadaan alam sekitar selain meningkatkan motivasi pelajar untuk keluar dari zon selesa.

Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menguatkan semangat kerjasama dalam kumpulan dan juga memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sains geoinformatik.

Norsyahira bt Azhar yang merupakan salah seorang peserta program ini berkata selepas terlaksananya program ini, mereka dapat menambah pengetahuan dalam proses ‘coral planting’ di sekitar tioman dan bagaimana proses kitar semula di Pulau Tioman dilaksanakan.

Mereka juga dapat menambah keyakinan diri dan keberanian untuk menyertai aktiviti aktiviti lasak yang lain seperti berkayak. Selain itu, beliau berharap program ini dapat diadakan lagi buat masa hadapan.

Kesimpulannya, program GEOINC 2019 ini berjalan dengan lancar dan jayanya atas semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh semua ahli jawatankuasa dan peserta program.

Dengan komitmen yang mantap dari ajk dan peserta yang bersemangat, program ini berjalan seperti yang telah dirancang.

Dalam pada itu, ukhuwah yang terjalin antara semua pelajar sains geoinformatik yang terdiri daripada pelbagai tahun juga semakin baik. Para peserta juga turut berasa gembira kerana dapat melaksanakan kesemua aktiviti program dengan jayanya.

Gambar 1: Peserta bergambar bersama-sama dengan pihak RCM selepas aktiviti ‘beach cleaning’ dijalankan
Gambar 2: Peserta berpeluang untuk menanam terumbu karang di dalam laut
Gambar 3: Peserta ketika proses membersihkan label dan aluminium pada botol kaca untuk dihancurkan
Gambar 4: Proses menghancurkan botol kaca menjadi pasir menggunakan mesin yang diimport dari Switzerland
Gambar 5: Peserta sedang membuat ‘Coral Pot’ menggunakan simen, pasir dan botol kaca untuk diletakkan di dalam laut.
Gambar 6: Peserta sedang mengasingkan botol plastik untuk dikitar semula

Explore More