Kepakaran pensyarah muda UTM dalam pelbagai bidang akademik kini mula mendapat perhatian dan pengiktirafan pelbagai pihak sama ada di peringkat Universiti, negeri mahupun nasional.

Terkini, Dr. Faizuan Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Kimia, Fakulti Sains UTM yang mula berkhidmat pada Januari 2019, telah dilantik untuk menyertai pelbagai jawatankuasa.  Antaranya ialah selaku Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Bagi Kes Pembuangan Haram Sisa Kimia di Sungai Kim-Kim Pasir Gudang di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Pembimbing Sahabat YADIM di bawah lantikan Yayasan Dawah Islamiah Malaysia (YADIM), dan juga Ahli Lantikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Johor.

Walaupun masih baru bergelar pensyarah universiti, beliau dilantik di dalam banyak jawatankuasa di peringkat Universiti, negeri dan juga nasional.  Menurut beliau, segala pelantikan tersebut adalah berdasarkan sedikit sebanyak pengalaman dan kepakaran beliau yang ingin dikongsi kepada masyarakat. Moto hidup beliau ialah “Do The Best, Help The Rest” yang bermaksud buat yang terbaik dan bantu yang lain.

Selain daripada itu, beliau juga merupakan alumni Universiti ini. Beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan sejak di alam kampus dan kini merupakan ahli kumpulan penyelidik Kimia Alam Sekitar.

Berpegang kepada prinsip proaktif dan peka kepada masayrakat serta alam sekitar, beliau berharap agar suatu hari nanti, mentaliti dan budaya kerja rakyat Malaysia setaraf dengan negara-negara maju seperti Jepun dan Eropah.

Berbahas ketika Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Johor (MPBNJ) Sidang 1 Penggal ke-19 Tahun 2019-2020

 

Bersama barisan ahli lantikan MPBNJ dan Exco Belia & Sukan

 

Bersama semua Pembimbing Sahabat YADIM dan Timbalan Yang DiPertua

Persiapan sebelum pensampelan di Sungai Kim Kim

 

Perbincangan bersama YB Menteri  Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

 

Suasana di Medic Base Taman Pasir Puteh, Pasir Gudang

 

Ucapan perasmian YB EXCO Belia & Sukan Johor

 

Dilaporkan oleh: Dr. Faizuan Abdullah & Hjh. Nor Azlinda Abu Bakar, Fakulti Sains