April 20, 2024

Search
Close this search box.

CHINA, 12 Mac  Sekreteriat Anak Johor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Institute Human Centered Engineering (iHuMen) telah menganjurkan Program ‘Global Outreach Knowledge Acquisition@China’ (GLOKA’19) ke Negara China.

Program yang dianjurkan melalui hasil penjanaan kewangan dan penajaan yang diusahakan selama setahun ini juga telah mengukir kenangan manis apabila para peserta berjaya mengibarkan bendera negeri Johor dan juga sepanduk UTM di tembok besar China.

Pengarah Program, Dr Hadafi Fitri Mohd Latip berkata delegasi yang terdiri daripada sejumlah lapan orang mahasiswa pelbagai bidang iaitu kejuruteraan awam, mekanikal, sains komputer, bioperubatan, pengurusan ekuin dan matematik ini juga telah mengadakan lawatan rasmi ke Beihang University, China

Delegasi ini diketuai oleh Presiden Sekreteriat Mahasiswa Johor, saudara Umar Mahfudz Md. Ashari dan di bawah bimbingan beliau sebagai Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan.

“Sebelum itu kami telah dijemput untuk hadir ke kedutaan Malaysia di Beijing bagi diberikan amanat dan taklimat oleh pegawai pendidikan kedutaan sebagai persediaan ke Universiti Beihang,” katanya lagi.

Tujuan utama program ini adalah sebagai platform utama perkongsian ilmu, percambahan minda dan permeteraian kerjasama antara delegasi UTM dan pihak Beihang Universiti khususnya dalam bidang kejuruteraan rehabilitasi.

“Delegasi UTM yang terdiri daripada pasukan seketeriat mahasiswa johor (SEJATI) telah tiba di fakulti tersebut pada pukul 10 pagi. Bagi sesi pertama lawatan ini, para peserta terlebih dahulu di beri taklimat dan kata-kata aluan oleh Tn. Qizheng, Pengurus Progam Antarabangsa, Beihang Universiti.

“Sepanjang taklimat tersebut, beliau telah memberikan penerangan mengenai sejarah penubuhan dan pencapaian Beihang Universiti serta beliau juga telah menjelaskan jurusan-jurusan yang ditawarkan secara terperinci dan kerjasama yang boleh dilakukan di antara dua pihak,” katanya.

Universiti Beihang adalah merupakan merupakan universiti yang menduduki ranking pertama di dalam bidang aeronautik di negara China dan antara universiti terbaik dunia.

Sesi taklimat ini diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Dr Hadafi Fitri Mohd Latip ( Felo Penyelidik Sports Innovation Technology Centre ) di atas kesudian pihak Beihang Univerisiti menerima kedatangan delegasi dan hasrat utama yang ingin di capai melalui pertemuan dan perbincangan ini.

Pihak delegasi UTM telah membentangkan objektif program GLOKA 19, Latar belakang university ini serta sedikit penerangan mengenai kajian rehabilitasi & teknologi sukan serta pembangunan alat teknologi rehabilitasi yang telah dibangunkan oleh Sports Innovation Technology Centre di bawah Institute of Human Centered Engineering (iHuMen UTM).

“Sesi taklimat ini di akhiri dengan persetujuan bersama untuk melakukan kerjasama dan perbincangan melalui email rasmi. Majlis ini juga mengadakan upacara penyampaian cenderamata dari pihak delegasi UTM kepada Beihang Universiti dan sesi fotografi bersama.

“Sesi seterusnya adalah dimana para delegasi UTM telah di bawa melawat ke makmal-makmal kejuruteraan rehabilitasi dan stadium utama tertutup Universiti Beihang,” katanya.

Dr. Hadafi Fitri berkata demi menyahut seruan UTM dalam program jejak alumni dan meneruskan kesinambungan kejayaan alumni UTM di peringkat nasional dan antarabangsa, delegasi UTM juga telah melakukan inisiatif sendiri melalui jejak alumni UTM ke TsingHua Universiti.

“TsingHua Universiti adalah merupakan universiti terulung di China di mana Presiden China yang terkini adalah merupakan Alumni Tsinghua Universiti. Apa yang lebih membanggakan terdapat alumni UTM yang menyambung pengajian di peringkat master di Tsinghua Universiti di dalam bidang kejuruteraan Nuklear,” katanya.

Perbincangan yang dilakukan adalah bagaimana dapat meningkatkan lagi jumlah pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di TsingHua Universiti dalam pelbagai peluang bidang dan tidak hanya tertumpu hanya kepada kejuruteraan nuklear sahaja.

“Selain itu, kami juga telah dimaklumkan bahawa di Tsinghua Universiti telah mewujudkan motto iaitu “No Sports, No Tsinghua” di mana setiap pelajar wajib menceburi bidang sukan dan perlu menjalani ujian kecergasan setiap semester di university,” katanya lagi.

Delegasi Malaysia juga turut berpeluang untuk mengunjungi Stadium Olimpik Beijing di mana penganjuran sukan olimpik Beijing 2008 berlangsung di samping mengadakan lawatan ke tempat bersejarah dan bandar metropolitan di Shanghai.

“Shanghai merupakan sebuah bandar yang mempunyai bangunan yang menarik, infrastruktur lengkap dan mempunyai kemudahan sistem pengangkutan yang terbaik.

“Pelbagai pengalaman yang telah diperolehi di dalam program GLOKA 19 antaranya aktiviti pemindahan ilmu, percambahan minda, perkongsian bidang, kerjasama hubungan, penyelidikan bersama, jejak alumni UTM dan menyatukan hubungan dua negara,” katanya.

Program ini juga merupakan salah satu landasan utama kepada pelajar UTM untuk menyambung pengajian, latihan industri di China dan sekaligus mengharumkan nama UTM di peringkat Antarabangsa.

“Selain itu, aktiviti ini juga dapat berfungsi sebagai platform utama dalam memastikan kecemerlangan pendidikan negara berteraskan Inovasi dan Teknologi di mana UTM merupakan universiti peneraju utama dalam inovasi, teknologi dan kejuruteraan,” katanya mengakhiri perbualan.

Sekreteriat SEJATI mengibarkan bendera negeri Johor dan UTM di Tembok Besar China.
Menerima taklimat berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan akademik di Beihang University, Beijing, China.
Melawat salah sebuah makmal penyelidikan di Beihang University, Beijing.
Sekreteriat SEJATI 2019 bergambar kenangan di hadapan sebuah bangunan bersejarah di Shanghai, China.

Explore More