Disember 22, 2024

Pelajar Ukur Bahan, FABU Laksanakan Projek Transformasi Bilik Darjah Pendidikan Abad Ke-21 di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi

Bersempena dengan pelancaran Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) oleh Y.Bhg. Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 13 April 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor yang lalu, seramai 15 orang pelajar dari program Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah bersama-sama menjayakan projek transformasi bilik darjah daripada bilik darjah biasa kepada bilik darjah berteraskan pendidikan abad ke-21 – “21st century classroom”

Projek ini diselia oleh pensyarah kanan FABU, Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud dengan melaksanakan pendekatan pembelajaran servis akademik iaitu meliputi aspek pengenalpastian masalah, kajian SWOT, penyediaan proposal cadangan, perlaksanaan projek dan sesi refleksi.

Pelaksanaan projek ini disokong oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL), UTM.

Pelajar telah menggunakan idea kreatif mereka untuk mentransformasi bilik darjah berdasarkan kepada kesesuaian pembelajaran terkini dan mengikut empat ciri utama atau 4C iaitu Kreativiti (Creativity), Komunikasi (Communication), Pemikiran Kritikal (Critical Thinking) dan Kolaborasi (Collaboration).

Antara transformasi yang dilaksanakan melibatkan penggunaan warna yang ceria, lukisan mural yang ringkas tetapi menarik, rekaan meja dan kerusi yang bersifat mudah alih bagi tujuan kolaborasi, ruang rehat sambil membaca, sudut pidato serta rak simpanan dan permainan minda.

Hasil tinjauan terhadap pelajar sekolah terbabit mendapati mereka sangat teruja untuk menggunakan bilik darjah baru mereka manakala guru pula bersedia dengan teknik pengajaran yang menjurus kepada pembelajaran aktif dan inovatif.

Sesi Pelancaran Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) oleh Y.Bhg. Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Sesi pembentangan cadangan projek transformasi bersama pihak sekolah

Proses Transformasi Bilik Darjah Berteraskan Pendidikan Abad Ke-21 sedang dijalankan oleh Pelajar Sarjana Muda Ukur Bahan

Hasil transformasi bilik darjah berteraskan pendidikan abad ke-21

Explore More