April 26, 2024

Search
Close this search box.

Tiga Strategi Utama Tingkat Kualiti Penyelidikan UTM tahun 2019 – TNCPI

JOHOR BAHRU, 27 Jan.  — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amat komited dan kompeten untuk  melaksanakan tiga strategi utama bagi meningkatkan kualiti para penyelidik dan juga aktiviti penyelidikan UTM bagi tahun 2019.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata matlamat serta sasaran Pejabat TNCPI pada tahun 2019 adalah dengan menerajui kecemerlangan dalam penyelidikan, inovasi, komersialisasi dan ‘entrepreneurship’ bertemakan  Leading RICE Excellence to the Next Level”.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail

Dengan berpaksikan tiga strategi utama iaitu #1. Tumpuan kepada penyelidikan yang berskala lebih besar, menyelesaikan isu yang lebih rumit (melalui penyelidikan), sejajar dengan SDGs #2 Meningkatkan jaringan dengan rakan kerjasama melalui penulisan ilmiah, khususnya dengan para penyelidik terkemuka dan rakan selain institusi pengajian tinggi #3 Jalinan kerjasama berimpak tinggi dengan industri besar dengan matlamat memberikan penyelesaian kepada permasalahan tempatan dan antarabangsa.

Sustainable Development Goals’ atau SDG merupakan sebahagian daripada Resolusi 70/1 PBB iaitu: “Mengubah Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan” yang mana ianya juga telah di adaptasi dalam Tujuh Kluster Penyelidikan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya.

Tujuh kluster penyelidikan tersebut adalah terdiri daripada :

  1. Jaminan dan keselamatan makanan
  2. Infrastruktur Asas
  3. Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
  4. Kesihatan
  5. Pendidikan
  6. Keselamatan Negara
  7. Kesejahteraan dan Sosial Ekonomi

Tiga(3) strategi utama tersebut digariskan bagi memastikan produk penyelidikan yang terhasil dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat dan pembangunanan negara sekaligus memastikan enVision UTM 2025 yang dibina atas empat teras; Penyelidikan Translational, Universiti 4.0,Trans Nasional Pendidikan (TNE) dan Kelestarian Institusi tercapai.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara di pejabatnya selepas memberikan Amanat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) tahun 2019 di Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru pagi tadi.

Prof. Datuk. Dr. Ahmad Fauzi juga menegaskan kepada para penyelidik supaya sentiasa menyedari tentang kepentingan aktiviti penyelidikan yang dijalankan dan kesannya pada organisasi, komuniti setempat dan juga negara.

“Jika menjalankan penyelidikan yang boleh dimanfaatkan hasilnya oleh masyarakat dan negara, penyelidik tersebut juga secara tidak langsung mampu menempatkan diri  mereka sebaris denagn  penyelidik tersohor peringkat antarabangsa serta mampu untuk mencipta ‘legacy dikalangan komuniti saintifik seterusnya menaikkan nama universiti dan negara diperingkat antarabangsa.

Selain itu, penyelidik juga akan mempu untuk berfikir dengan cara yang lebih kreatif dan kritikal bagi mendapatkan geran penyelidikan yang besar tanpa terlalu mengharapkan geran yang dibiayai oleh kerajaan semata-mata,” katanya lagi.

“Selain universiti dimana tempat kita bertugas, para penyelidik juga mampu untuk melonjakkan pihak lain yang berkaitan seperti Kumpulan Penyelidikan yang diketuainya, Pusat Penyelidikan yang disertainya dan juga secara tidak langsung fakultinya untuk menjadi tersohor secara glokal,” katanya.

Explore More