Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 24 Feb. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memenangi empat anugerah dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2019 yang telah dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 21 ke 23 Februari lalu.

Empat anugerah tersebut ialah satu pingat emas, dua pingat perak dan satu Anugerah Khas.

UTM telah menghantar sebanyak empat (4) produk melalui penyertaan seramai tiga orang penyelidik UTM, iaitu Prof. Dr. Muhd Zaimi bin Abd Majid, Ir. Dr. Malarvili Balakrishnan dan Dr. Nurbiha A Shukor.

Bagi penganjuran kali ini, Ir. Dr. Malarvili melalui produk yang bertajuk “Cardiopulmonary Disorders Monitoring Devices Using IOT Technology” atau lebih dikenali sebagai IBreathe telah dianugerahkan pingat Emas atas inovasi penggunaan di Bidang Penyelidikan Kesihatan.

Manakala Prof. Dr. Muhd Zaimi dari Sekolah Kejuruteraan Awam telah dianugerahkan pingat Perak dan Anugerah Khas, Merit Award bagi produk “Web based for MyGHI”.

Dr. Nurbiha dari Sekolah Pendidikan pula turut menggondol pingat Perak bagi produknya yang bertajuk “GOREASON: Online Collaborative Learning System For Reasoning Skills”.

Kesemua anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Abd Wahab bin Yusof.

Dalam ekspo tersebut, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UTM turut membuka satu booth khas dalam membuka peluang khusus untuk aktiviti Jaringan Industri dengan keistimewaan Inisiatif Pengecualian Cukai Dua Kali atau lebih dikenali sebagai Double Tax Deduction (DTD) untuk mana-mana industri yang berminat menjalinkan kolaborasi dalam bidang penyelidikan bersama Penyelidik dan Pakar yang ada di UTM ini.

Hampir 40 industri telah hadir dan menunjukkan minat bagi menjalinkan kolaborasi penyelidikan bersama pakar UTM dan menikmati keistimewaan DTD UTM ini.

Disediakan oleh : Prof. Madya Dr. Herlina binti Abdul Rahim, Timbalan Pengarah RMC UTM

 

Explore More