UTM NewsHub

  • Signup
  • Login
  • Statistics
  • Help
  • msMelayu
    • enEnglish
You are here: Home / Kolaborasi dan Jaringan Industri/Institusi / Sesi Perkongsian Ilmu dan Percambahan Idea antara MPP UTM-UMS-UNSRI

Sesi Perkongsian Ilmu dan Percambahan Idea antara MPP UTM-UMS-UNSRI

Januari 31, 2019 by Hafizan Hamzah

JOHOR BAHRU, 29 Jan. — Seramai 31 orang pelawat dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universitas Sriwijaya (UNSRI), Indonesia telah melawat kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Lawatan yang berlangsung pada 10 Disember 2018 itu telah disertai oleh pelawat yang terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari universiti masing-masing dengan delegasi UMS disertai oleh lima orang mahasiswa dan dua orang pengiring manakala wakil Universiti Sriwijaya pula seramai 20 orang mahasiswa dan empat orang pengiring.

Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UTM atau MPPUTM sesi 2018/2019, Mohd. Saifudin Ahmad berkata kedua-dua delegasi itu telah disambut oleh Presiden MPP UTM sesi 2018/2019, Muhammad Ikhmal Borhan di lobi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

“Sesi pagi dari jam 9-11 telah berlangsung pertemuan empat mata dengan delegasi UMS di Dewan Senat dengan topik perbincangan lebih terarah kepada penubuhan Kesatuan Pelajar (Student Union) dan juga kaedah pengendalian portal mahasiswa UTM.

“Delegasi UMS juga menunjukkan minat untuk mengetahui kaedah perlaksanaan pilihanraya kampus yang dilaksanakan di UTM,” katanya.

Menurutnya lagi, delegasi UMS turut dibawa melawat Pusat Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CICT) bagi diberikan pendedahan serba sedikit mengenai pengurusan teknologi itu di UTM.

“Sesi petang pula diisi dengan kehadiran satu lagi delegasi dari negara jiran iaitu Universitas Sriwijaya dan pertemuan telah diadakan di tempat sama pada sesi pagi iaitu Dewan Senat.

“Pertemuan yang juga disertai oleh tamu dari UMS juga tidak kurang menarik apabila kedua-dua universiti itu memperkenalkan organisasi perwakilan mahasiswa mereka dan juga berkongsi mengenai hala tuju perwakilan masing-masing,” katanya lagi.

Selain itu, berberapa perkongsian menarik yang dikongsi adalah berkaitan dengan penubuhan Kesatuan Pelajar di Universitias Sriwijaya dan juga program-program kemasyarakatan lain anjuran kesatuan itu.

Ditanya mengenai keunikan program mahasiswa di Universitas Sriwijaya, Mohd Saifudin berkata bahawa konsep penganjuran program kesukarelawanan di sana sangat menarik kerana bersifat lebih universal.

“Program kemasyarakatan mereka tidak hanya terhad kepada khidmat masyarakat tetapi juga melibatkan aktiviti bantuan bencana iaitu mahasiswa bertugas bergandingan bahu dengan agensi-agensi penyelamat negara sewaktu darurat akibat bencana alam.

“Perkara ini amat menarik dan mungkin MPPUTM dapat mempelajari sesuatu daripada Universitas Sriwijaya ini,” katanya lagi.

Presiden MPPUTM sesi 2018/2019, Muhammad Ikhmal Borhan (bersut hitam) bergambar kenangan denga pelawat dari UMS ( berbaju merah hati) dan juga pelawat dari Universitas Sriwijaya (baju kuning) di foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim pada hari lawatan

Author

  • Hafizan Hamzah

Filed Under: Kolaborasi dan Jaringan Industri/Institusi, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pencapaian Pelajar/Alumni, Umum

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news
  • Register here if first you never submit/login to this portal
  • Login
  • Search news

    Previous Months’ News

    Subscribe to Our Newsletter

    Check your inbox or spam folder now to confirm your subscription.

    Office of Registrar
    Sultan Ibrahim Chancellery Building
    Universiti Teknologi Malaysia
    81310 Johor Bahru
    Johor Malaysia
    Tel: +607-553 3333
    More Contacts

    © 2019 · UTM Office of Corporate Affairs

    • Signup
    • Login
    • Statistics
    • Help
    • msMelayu