April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTMKL dan Media Eratkan Hubungan Melalui Fiesta Sukan Tahunan Bersama Media 2018

KUALA LUMPUR, 15 Dis. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dengan kerjasama School of Professional and Continuing Education (SPACE) UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan Fiesta Sukan Bersama Media.

Sebanyak empat jenis sukan telah dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Ping Pong dan Boling dijalankan di Kolej Siswa Jaya, dalam Kampus UTMKL dan Residensi UTMKL.

YBhg. Pro Naib Canselor UTM (Kampus Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin selaku wakil rasmi Naib Canselor telah melancarkan Majlis Perasmian program ini dengan dihadiri lebin 120 orang pengamal media dari kumpulan Media Prima Berhad (TV3, TV9), BERNAMA, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Radio Television Malaysia (RTM).

Pada majlis itu Futsal telah dimenangi oleh RTM, Ping Pong juga dirangkul oleh kumpulan RTM 1, kumpulan Media Prima 2 pula mengungguli Bola Jaring dan Trofi Johan Boling pula menjadi hak milik BERNAMA.

Staf dari BERNAMA iaitu Encik Irwan telah balik dengan hadiah berupa wang ringgit kerana dinobatkan sebagai Penjatuh Pin Terbanyak.

Staf dan pelajar universiti juga bersama-sama memeriahkan program ini yang telah bermula seawal jam 2 petang dan majlis berakhir dengan upacara Cabutan Nombor Bertuah dan Majlis Penyampaian Hadiah pada jam 12 tengah malam di Residensi UTMKL.

Dalam ucapannya, Pro Naib Canselor turut melahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih universiti atas kerjasama daripada semua wakil media yang hadir kepada UTM di atas liputan berita universiti yang banyak sepanjang tahun ini.

Beliau turut berharap semua kumpulan yang bertarung akan mementingkan semangat kesukanan yang tinggi dan berharap hubungan silahturrahim diantara pengamal media dan UTM akan sentiasa terjalin baik di masa-masa yang akan datang.

 

Explore More