April 26, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menganjurkan majlis penghargaan khas, UTM Academia-Industry Gala Night (AIGN) 2018 bagi meraikan rakan kolaborasi strategik industri dan syarikat konglomerat di Grand Banquet Hall, UTMKL Residensi.

Bertemakan ‘Building Alliance, Advancing Partnership’ ianya merujuk kepada komitmen UTM dalam memastikan hubungan erat yang dijalinkan antara kedua-dua pihak dapat dikekalkan secara beterusan.

Akademia dan industri merupakan dua domain utama yang meransang reformasi struktur ekonomi negara.

Melalui lebih dari 1,850 jaringan industri yang dibina, UTM menerapkan model quintuple helix iaitu program yang berupaya mensinergikan kepakaran universiti, kerajaan sebagai pengubal dasar dan polisi, komuniti, industri dan media.

Kelima-lima entiti ini merupakan gabungan penting dalam memperkasa peranan dan kebolehupayaan diantara UTM dan rakan kolaborasi industri dalam menjayakan program dan projek yang memberikan impak dalam mendokong keperluan inovasi negara.

 

Justeru, majlis penghargaan dan pengiktirafan ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada 12 syarikat yang telah menyumbang melalui kerjasama signifikan yang terlaksana dalam bidang pembangunan akdemik,  program penyelidikan dan perkhidmata melalui 6 kategori anugerah iaitu Penyelidikan, Akademik, Endowmen, CSR, Hubungan Alumni dan Anugerah Khas.

AIGN 2018 ini dihadiri oleh 180 jemputan yang terdiri daripada wakil dan Pengarah Eksekutif syarikat konglomerat ternama serta akademia UTM.

Ianya juga disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UTM dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bagi Setiap Kateogri

Kategori Penyelidikan (Research)

  1. Corporate Excellence Award – Petronas Research Sdn. Bhd
  2. SME Excellence Award – Bakri Suci Solutions Sdn. Bhd

Kategori Endowmen

  1. Endowment Contribution Excellence Award (Endowed) – Yayasan Azman Hashim
  2. Endowment Contribution Excellence Award (Expandable) – Maha Persada Capital Sdn. Bhd

Kategori Akademik

  1. Graduate Employer Excellence Award – Country Garden Pacificview
  2. Academic Talent Development Excellence Award – Ericsson Malaysia

Kategori CSR (Corporate Social Responsibilty)

Knowledge & Technology Transfer – CIMB Foundation

Kategori Hubungan Alumni (Alumni Relation)

  1.   Commitment & Linkages Excellence Award – KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd
  2.    Smart Partnership Excellence Award – Q-Bena Resources Sdn Bhd

Kategori Anugerah Khas (Special Award)

  1. Academia of the Year Award (Industrial Collaboration) – Institute of Noise and Vibration
  2. Best R&D Industry Cooperation Award  – Institute Technology Petronas

Best Industry of the Year Award 

Yayasan Azman Hashim

Explore More