April 20, 2024

Search
Close this search box.

Residensi UTMKL raih Anugerah Khas Juri pada Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Mercu Tanda baharu UTM, Bangunan Residensi UTMKL telah meraih Anugerah Khas Juri bagi kategori Bangunan Kerajaan – Universiti Awam pada Majlis Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018.

UTM diwakili oleh Timbalan Pengarah Kerja Pejabat Harta Bina UTM KL, Prof Madya Sallehuddin bin Muhamad untuk menerima anugerah daripada Menteri Wilayah Persekutuan YB Khalid Abdul Samad.

Anugerah berkenaan diberi sebagai sebuah pengiktirafan kepada pihak terlibat yang memberi penekanan terhadap kepentingan akses untuk semua golongan khususnya Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak dalam semua peringkat pembangunan.

Pada majlis itu, terdapat juga beberapa badan profesional dan pemaju yang terlibat dalam industri pembinaan serta pembangunan telah dinobatkan selaku Pemenang Anugerah Aksesibiliti Sejagat Datuk Bandar Kuala Lumpur 2018.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd serta Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL Datuk Mustafa Mohd Nor.

Explore More