Disember 13, 2024

Search
Close this search box.

Program Kepimpinan Wanita Institut Pengajian Tinggi

JOHOR BAHRU, 3 Dis –  Enam staf akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai pusat tanggungjawab berjaya memperolehi sijil master daripada Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM (PKW) sempena Program Kepimpinan Wanita Institut Pengajian Tinggi.

Staf yang terlibat ialah wakil Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) Prof Madya Ir Dr Hayati Abdullah dan Prof Madya Ir Dr Sharifah Hafizah Syed Ariffin, Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Prof Madya Dr Zaleha Abdullah (HEK),  dua wakil dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Madya Dr Siti Aisyah Panatik, Prof Madya Dr Mahani dan Dr Tan Sui Hong dari Pejabat Pengurusan Strategi (SMO).

Program ini mengandungi dua fasa yang mana fasa pertama telah berlangsung pada 10 &11 Oktober 2018 dan fasa kedua pada 29 November 2018.

Sijil master PKW ini memerlukan peserta meyelesaikan 32 jam latihan yang termasuk program shadowing pemimpin.

Tahniah diucapkan.


Program Kepimpinan Wanita Institut Pengajian Tinggi

Explore More