Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 23 Nov. – Pelajar-pelajar Kolej Rahman Putra (KRP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini bersama pasukan sukarelawan seramai 55 orang terdiri daripada mahasiswa Kolej Rahman Putra, wakil Pejabat Kampus Lestari (UTM CS) dan pihak Dusun UTM telah menggembleng tenaga membuat mudball di sekitar Dusun UTM.

Sebanyak 1300 biji mudball berjaya dihasilkan oleh para sukarelawan dalam dua sesi.

 

Mudball ialah sejenis bebola yang dibuat daripada tanah liat dan akan digunakan sebagai agen pembersihan sungai, dan pembuatan mudball ini ialah langkah awal bagi Projek RiverDale 2018, satu program melestarikan sungai di sekitar KRP dan demi pembersihan sungai secara terancang dan berpanjangan.

Program ini terbuka khusus kepada warga KRP dan umum kepada seluruh warga UTM.

Ia dikendalikan secara berperingkat dan merupakan kolaborasi bersama UTMCS, Pejabat Harta Bina UTM dan jawatankuasa kolej kediaman lain dalam UTM.

Mudball ini, yang akan disimpan selama sekurang-kurangnya 14 hari ini akan dicampakkan ke dalam sungai sekitar UTM pada majlis pelancaran Projek RiverDale yang dijangka akan diadakan pada awal Disember 2018.

Mudball ialah agen biologi yang diperbuat daripada tanah, baja dan EM untuk membersihkan sungai dari E.coli dan F.Coli yang mencemarkan sungai dan ia mampu mengekalkan kualiti air sungai.

 

 

Cara-cara menghasilkan mudball ini adalah seperti berikut:

1. Menggaul baja bokashi (baja organik seperti tahi kambing dan tahi ayam) yang telah disiram dengan larutan EM (Effective Microorganism)

2. Membuat acuan daripada tanah liat

3. Memasukkan baja bokashi kedalam adunan

4. Menempel tanah liat dan membentuknya menjadi bulat

Mudball ialah agen biologi yang diperbuat daripada tanah, baja bokashi dan EM yang berperanan untuk membersihkan sungai dengan cara menternak bakteria baik yang akan melawan dari E.coli dan F.Coli yang mencemarkan sungai, dan ianya mampu mengekalkan kualiti air sungai.

Bersama bimbingan Encik Mohammad bin Md Som dan Pengarah UTMCS, Prof Madya Ir Dr Fadhil bin Mohd Din, para sukarelawan didedahkan tentang cara penyediaan mudball yang mudah dan berkesan.

Program ini membantu membuka minda para sukarelawan akan cara yang efektif dan mudah dalam membantu membersihkan sungai daripada pihak yang bertauliah.

Explore More