April 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 29 Sept. – Warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada berbilang kaum beroleh pengalaman manis apabila mereka meraikan keindahan Mid Autumn Festival 2018 yang merupakan perayaan tradisi kaum Cina.

Festival tersebut telah dianjurkan oleh Sekretariat Pesta Tanglung UTM dengan kerjasama Persekutuan Tionghua Johor.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah B-11 dan L-50 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Persekutuan Tionghua Daerah Johor Bahru, Danny Wong.

Pengarah Program UTM Mid-Autumn Festival Night 2018, Mah Weng Pui berkata program ini berhasrat untuk mempamerkan kepada komuniti pelajar antarabangsa mengenai adat dan budaya orang Cina sebagai sesuatu budaya yang melambangkan Malaysia secara amnya.

Beliau turut menambah, “Program ini telah dianjurkan dengan tema ‘Those Days’ ataupun ‘Hari yang Telah Berlalu’ bagi membawa pengunjung mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak mereka.

“Kami lakukan ini supaya boleh golongan ini dapat mengubat kerinduan kepada keluarga di kampung halaman masing-masing sambil berpeluang untuk menyambut perayaan ini sambil mengimbas memori di zaman kanak-kanak mereka,” katanya.

Menurut Mah lagi, program ini juga mampu untuk merapatkan hubungan di antara mahasiswa UTM yang terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan serta agama.

Program ini bermula di Blok B-11 dengan para peserta berjalan sehingga ke Blok B-50 sambil membawa lampu yang dipasangkan ke sebatang kayu yang dikatakan mampu untuk mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak bagi setiap peserta.

“Apabila tiba di Blok B-50, pengunjung telah dihiburkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti pameran, permainan, booth bergambar dan juga pameran gerai makanan.

“Di sini para pengunjung berpeluang untuk mengenali budaya masyarakat Cina dengan lebih dekat di mana setiap tentatif yang dijalankan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat resam masyarakat ini,” katanya.

Menurutnya lagi, program ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 400-500 orang mahasiswa UTM dari pelbagai bangsa dan agama.

Prof. Durrishah Idrus (tiga kiri) bersama dengan tetamu kehormat bagi program Mid-Autumn Festival 2018

 

Antara pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa

Explore More