April 23, 2024

Search
Close this search box.

Lebih 1,800 Hadir Karnival Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform UTM 2018

JOHOR BAHRU, 13 Sept. – Lebih 1,800 orang telah hadir ke Karnival Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform 2018 anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar (DSI) ini diadakan sempena dengan penganjuran aktiviti Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi mahasiswa baru sesi akademik 2018/2019 yang mula mendaftar pada awal bulan September 2018.

Penolong Pendaftar (Aktiviti Pelajar) HEP, Ahmad Najahalhayyi Zulkifli berkata lebih 60 kelab dan persatuan pelajar yang terdiri daripada persatuan berasaskan akademik, bukan akademik, sekretariat anak negeri, kerohanian dan badan beruniform terlibat dalam pameran pada kali ini.

“Turut serta dalam pameran ini adalah daripada UTM Sport Excellence dan UTM Career Centre untuk mencari bakat calon atlet UTM dan membuka peluang bekerja sambil belajar melalui skim Job On Campus (JoC)”,katanya.

Oleh yang demikian, pihaknya menyeru agar mahasiswa yang baru mendaftar mengambil peluang ini untuk mencari mana-mana kelab, persatuan ataupun badan beruniform yang sesuai dengan minat masing-masing.

Antara aktiviti yg dijalankan adalah seperti pameran, pencarian ahli baharu, permainan mini, demonstrasi wajadiri, percubaan ciptaan prototaip, walk-in interview dan ujian fizikal.

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula dari 13 – 14 September ini terbuka kepada semua pelajar Prasiswazah tempatan dan antarabangsa khususnya kepada pelajar baharu kemasukan 2018/2019.

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti tahunan dan inisiatif Pejabat HEP untuk memastikan penyertaan pelajar secara aktif dalam program ekstra-kurikulum dan memupuk pengalaman perubahan hidup (life-changing experience) dalam kampus.

Anggota Kor Sukarelawan Siwa Siswi (SUKSIS) memberikan penerangan mengenai pasukan itu kepada mahasiswa baru sesi 2018/2019 di Karnival Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform 2018 anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Explore More