April 18, 2024

Search
Close this search box.

UTM lancar projek Vortex Hidro pertama di Malaysia bekalkan elektrik percuma kepada masyarakat orang Asli

Cameron Highlands, 15 Ogos 2018: Program “Integrasi Vortex Hidro dan Aktiviti Ekonomi Masyarakat Orang Asli” ini merupakan projek Vortex Hidro yang pertama di Malaysia bagi membekalkan elektrik secara percuma kepada masyarakat luar bandar yang terpencil. Ia merupakan projek komuniti yang memberi penekanan kepada faktor alam sekitar, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan (Environment, Economy, Social, Technology & Education). Projek vortex hidro ini akan melibatkan pemindahan teknologi berkonsepkan kesukarelawan berimpak tinggi, mapan, dapatan hasil yang segera dan kos yang murah (high impact, sustainability, rapid execution & low cost). Program ini dilaksanakan di Kg Lemoi, Pos Lemoi, Cameron Highlands. Kg Lemoi menempatkan sekitar 40 Ketua Isirumah (KIR) dan 206 Ahlli Isirumah (AIR) dengan jumlah penduduk seramai 246 orang. Ia dilaksanakan di Pos Lemoi melalui cadangan oleh pihak KKLW dalam perbincangan yang diadakan dengan pihak TKSU KKLW pada Disember 2016. Projek ini mendapat khidmat nasihat, sokongan dan bantuan teknikal dan peralatan daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Objektif program ini ialah untuk meningkatkan akses kemudahan elektrik secara percuma untuk komuniti terpencil dan meningkatkan penglibatan dalam aktiviti pertanian komersial, menguruskan perniagaan secara professional serta meningkatkan pengeluaran (pendapatan) dan pemasaran hasil pertanian yang mapan. Program ini dilaksanakan di Kg Lemoi, Pos Lemoi, Cameron Hiighlands. Kg Lemoi menempatkan sekitar 40 Ketua Isirumah (KIR) dan 206 Ahlli Isirumah (AIR) dengan jumlah penduduk seramai 246 orang.

Program ini adalah sebahagian daripada tanggung jawab sosial (CSR) pihak UTM yang dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak agensi kerajaan pusat, negeri, IPTA dan NGO yang berkaitan. Ianya adalah dibawah pengurusan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) serta dilaksanakan oleh penyelidik daripada Azman Hashim International Business School, Sekolah Kejuruteraan Awam, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, UTM Razak Faculty of Technology and Informatics erta melibatkan penyelidik daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM dan Fakulti Pertanian serta Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Sukarelawan program ini terdiri daripada kakitangan pentadbiran (teknikal) SKA UTM JB, kakitangan pentadbiran UTM KL, mahasiswa Sekolah Kejuruteraan Awam dan Pusat Kursus Kokurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL), UTM, siswazah UTM dan UPM, kakitangan Pusat Kesihatan UPM, pensyarah dan pelajar Politeknik dan anggota RELA Cameron Highlands, para belia orang asli Pos Lemoi, pihak NGO ) Kelab Amal 4×4 dan  Kelab Komunikasi Radio Cameron Highlands (RCRC) yang membantu dari segi kemudahan kenderaan panduan empat roda untuk membawa sukarelawan,  peralatan projek/makanan dan kemudaham komunikasi radio amatur.

Projek ini merupakan projek vortex hidro elektrik yang pertama di Malaysia yang dilaksanakan di perkampungan orang asli. Ia juga merupakan projek integrasi vortex hidro dan aktiviti ekonomi dengan bertemakan “Engineering as engine for economic growth & social innovation”, iaitu bagaimana melalui vortex yang dibangunkan boleh menjana bekalan elektrik, air untuk kemudahan asas dan digunakan juga untuk menjana aktiviti ekonomi. Sistem vortex hidro berbeza dengan konvesional hidro kerana ia tidak memerlukan kecuraman saluran air yang tinggi. Ia menggunakan konsep putaran pusar air yang akan memusingkan turbin untuk menjana elektrik. Sistem ini dibangunkan oleh saintis Bertrand Piccard pada tahun 2010 yang mempromsikan kaedah penjanaan elektrik menggunakan air yang murah dan tanpa mencemarkan alam sekitar di Schöftland, Switzerland untuk menjana elektrik hingga 15 kilowatts (kW). Vortex hidro juga digunakan untuk menjana elektrik untuk masyarakat orang asli Kadagaya pendalaman di Peru. Kadagaya Project Resource-based economy (RBE) ini menggunakan generator (alternator) 10 kW 3-phase (380 V) AC yang menjana elektrik sekitar 7.5 kW. Elektrik menggunakan control circuits dengan menggunakan cables sekitar 500 meter ke kawasan perumahan. Projek ini sesuai untuk kecuraman aliran sungai (low head) antara 1 hinga 5 meter, minimum kelajuan air 265 gallon per second dan tidak memerlukan saiz empangan yang besar serta kos membangunkan dan mengurus yang murah. Ia merupakan kaedah penjanaan elektrik yang sesuai untuk kawasan pendalaman yang jauh dari grid elektrik yang sedia ada.

Program ini meliputi dua fasa, fasa pertama ialah untuk membangunkan satu vortex hidro manakala fasa kedua untuk melaksanakan aktiviti ekonomi ternakan itik, ikan dan tanaman jagung serta cadangan penubuhan Koperasi Orang Asli Pos Lemoi. Peruntukan kewangan fasa pertama program ini diperolehi daripada pihak JPT-KPT RM92,850, MyPPP Cameron Highlands dan ICU-JPM sebanyak RM35,000, Majlis Profesor Negara RM5,000 dan Pejabat YB ADUN Jelai RM5,000. Bantuan nasihat, peralatan dan lojistik diperolehi daripada pihak JOKOA bernilai RM20,000. Manakala Peruntukan fasa kedua diperolehi daripada pihak CIMB Foundation RM50,000 dan persetujuan daripada pihak JAKOA untuk memberi bantuan dalam bentuk peralatan untuk aktiviti tanaman jagung bernilai RM30,000.

Fasa pertama program iaitu membangunkan vortex hidro dan menyalurkan elektrik kepada penduduk Kg Lemoi telah siap pada Mac 2018 dan elektrik telah dibekalkan kepada penduduk Kg Lemoi dengan setiap rumah hanya membayar RM0.60 sen sebulan atau dua sen sehari bagi menamung kos operasi (maintenance expenses) vortex hidro. Untuk peringkat permulan setiap rumah akan dibekalkan dengan satu atau bulb lampu dan akan ditambah dengan satu unit plug/socket pada masa akan datang. Bekalan elektrik sekitaw 3kW telah dapat dibekalkan kepada 40 buah rumah penduduk di Kg Pos Lemoi, surau, dewan dan beberapa tiang lampu. Bekalan elektrik ini juga akan digunakan untuk aktiviti ekonomi fasa dua program ini.

Aktiviti ekonomi telah bermula dengan projek ternakan itik. Tempat ternakan itik 600 ekor itik telah dibangunkan dan 290 ekor anak itik telah dihantar ke Kg Lemoi. Bakinya 210 ekor akan itik akan dihantar pada Julai dan 200 ekor pada Ogos 2018. Manakala projek ternakan ikan keli dan tilapia akan bermula pada bulan Ogos 2018. Projek tanaman jagung akan dimulakan selepas mendapat kelulusan dan bantuan peralatan daripada pihak JAKOA dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Koperasi Kg Pos Lemoi akan dapat ditubuhkan selepas aktiviti ekonomi berjaya dilaksanakan.

Explore More