November 22, 2024

Search
Close this search box.

Aspiration Of Merdeka@Trans-Aronia Bersama Traveloka

Universiti Teknologi Malaysia  di bawah Special Interest Group Initiated Project (SIGIP) akan melaksana Program Aspiration of Merdeka yang dikenali sebagai Trans-Aronia iaitu menjelajahi benua Asia (dalam negara), Eropah dan Afrika dengan membawa teknologi solar mobil secara backpack berserta Jalur Gemilang pada 27 Julai 2018 hingga 26 Ogos 2018  sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia.  Program bakal mencipta  sejarah Malaysia Book of Records (MBOR) bertajuk LARGEST PARTICIPATION IN A POETRY RECITAL TOUR dengan penglibatan penyertaan seramai dua puluh ribu orang merangkumi warganegara Malaysia di dalam dan luar negara.

Pasukan  program terdiri daripada pelajar berbilang kaum UTMKL & UTMJB, USM dan  beberapa orang staf UTM.    Selain itu, bagi memastikan kejayaan program, UTM telah menjalin sinergi dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta, Persatuan Pelajar Malaysia di luar negara serta Kedutaan di Eropah dan Afrika yang pastinya akan menjulang nama UTM khasnya dan Malaysia amnya di peringkat global.

Pasukan Trans-Aronia berlepas ke London

Trans-Aronia selain bakal mencipta Malaysia Book of Records dengan aktiviti berpuisi bertemakan kemerdekaan di tiga benua, juga akan mengetengahkan Forum Aspirasi Merdeka,  Pertandingan Three Minutes Pitch bertema kemerdekaan, dan Kajian Jangka Pendek berkaitan nilai patriotisme dalam kalangan belia terutama pelajar Malaysia di dalam dan di luar negara.

Aspiration of Merdeka @Trans-Aronia telah diilhamkan dengan matlamat utama  mewujudkan semangat patriotisma dan perpaduan komuniti terutama dalam kalangan pelajar di dalam dan di luar negara. Pengisian program dijangka bukan sahaja melahirkan pelajar versatile dan global talent yang peka dengan perubahan global serta berani melontarkan idea yang progresif dalam usaha menjadikan graduan universiti sebagai teknokrat yang seimbang bahkan ia turut merangkumi kepimpinan & komunikasi, pemindahan teknologi, spiritual serta perpaduan yang berpotensi untuk memberi nilai tambah kepada semua peserta yang terlibat.  Tegasnya program ini akan melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi untuk berdepan dengan cabaran dan perubahan negara.

 

Traveloka merupakan salah satu penaja untuk program ini. Traveloka adalah sebuah syarikat perjalanan dalam talian utama Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai keperluan perjalanan dalam satu platform. Dari tempahan hotel ke tempahan penerbangan dalam talian, Traveloka melakukan semuanya!

Traveloka telah menubuhkan perkongsian dengan lebih dari 100 syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, yang melayani lebih dari 200,000 laluan di seluruh dunia. Ia juga mempunyai inventori penginapan langsung yang terbesar, berbeza dari hotel, pangsapuri, rumah tetamu, rumah tumpangan, ke villa dan resort.  Traveloka juga menyediakan lebih daripada 40 pilihan pembayaran untuk pengguna di Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Filipina, dengan bantuan 24/7 daripada wakil khidmat pelanggan tempatan dalam  bahasa ibunda mereka.

Di samping itu, aplikasi mudah alihnya telah dimuat turun lebih daripada 20 juta kali, menjadikannya aplikasi tempahan perjalanan paling popular di rantau ini. Jika anda seorang peminat perjalanan mencari tawaran dan promosi hebat untuk perjalanan seterusnya, lawati Traveloka di https://www.traveloka.com/ms-my/ atau muat turun Traveloka App pada Google Play Store atau iTunes App Store sekarang.

Explore More