JOHOR BAHRU, 20 Mc 2018 – Pasukan Sepaktakraw UTM A telah melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Sepaktakraw Piala Menteri Besar Johor yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 Mac 2018 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
UTM A berjaya menewaskan pasukan Helang Scientax dari Pasir Gudang 2-1 dengan kiraan mata 17- 21; 21-15 dan 21-14 di kejohanan yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini.
Team UTM A diwakili oleh Halimi Ismail, Sharifudin Othman, Azmi Ahmad, Ismail Osman, Bakhtiar Kadir dan Prof Madya Dr Kamarudin Kasim sebagai Pengurus pasukan.
Seramai 18 pasukan dari seluruh Johor yang bertanding untuk kategori veteran. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000, sebuah piala dan juga pingat.
Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan kejohanan itu setiap dua tahun sekali memandangkan sepaktakraw adalah sukan rakyat.
Tahniah kepada pasukan Sepaktakraw UTM A diatas kejayaan itu.