November 22, 2024

Search
Close this search box.

100 perserta sertai Program TEDxUTM

JOHOR BAHRU,  3 Mac 2018 – Seramai 100 peserta menyertai TEDxUTM anjuran Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM X-Cite).

Datuk Wahid bergambar kenangan bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Tengku Zatashah selepas majlis pembukaan program TEDxUTM di Dewan Konvensyen, Fakulti Alam Bina (FAB), UTM Johor Bahru.

Program itu telah berlangsung di Dewan Konvensyen Fakulti Alam Bina, UTM Johor Bahru dengan dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Puteri Selangor dan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Program, John Lai Zhou Huan berkata, program TEDxUTM itu adalah satu aktiviti perkongsian idea dari pakar yang berlainan kepakaran dan bidang kerjaya.

“TEDxUTM bertujuan membawa perubahan kepada manusia dengan menyediakan platform di samping memberi peluang untuk berkongsi idea.

“Bagi program kali ini, kami membawakan seramai 10 orang penceramah yang mempunyai perbezaan latarbelakang, bidang kerjaya dan juga kepakaran bagi membuka minda penonton dan mencabar para peserta untuk mengubah idea-idea tersebut kepada tindakan,” katanya.

Selain aktiviti ceramah dalam dewan, pelbagai lagi acara menarik telah disusun penganjur bagi membuatkan program ini lebih bermakna.

“Aktiviti-aktiviti luar termasuklah bengkel kosmetik, pemberian kopi secara percuma, ‘photo-booth’, cabutan bertuah, simulator penerbangan, pertandingan mewarna poskad, “mini-games” dan pameran barang perhiasan jenama TED,” katanya.

Antara pembicara yang dijemput bagi memberikan ceramah di TEDxUTM ialah YAM Tengku Zatashah, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar (Naib Canselor UTM), Suriati Mohd Jaafar (Pengasas Bengkel Karya Seni ‘Seekendiminlove’).

Turut menyertai sebagai penceramah adalah Dr. Yeong Che Fai, pensyarah dan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Rajeev Peshawaria (Konsultan Kepimpinan Perniagaan dan Strategi), Datin Dian Lee (Ketua Pegawai Eksekutif Clearwater Group), Dr. Serina Rahman (Saintis Pemuliharaan & Antropologi Alam Sekitar), Teh Kee Sin (Mantan Presiden Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia), Dr. Shirin Shafiei Ebrahimi (Pasca Kedoktoran & Pensyarah Bahasa Inggeris) dan Wesley Chan Wen Zhen (Jurulatih bertauliah Neuro-Linguistic Programme atau NLP).

 

Explore More