Hasilkan penyelidikan berimpak tinggi – TNCPI
JOHOR BAHRU, 30 Januari 2018 – Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digesa menghasilkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi serta boleh dimanfaatkan oleh masyarakat, industri dan negara bagi membolehkannya digunakan bagi menyelesaikan permasalahan semasa. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, pihaknya akan memberikan lebih penekanan terhadap aspek kualiti, input, inovasi …