16 November 2017 – UTM telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Dan Kesihatan Peringkat Kebangsaan [OSH Award] 2017 di bawah Kategori Institut Pengajian Tinggi [IPT].
Majlis penganugerahan telah diadakan pada 16 Nov 2017 bertempat di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.
Majlis penganugerahan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan [MNKKP] bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada organisasi-organisasi daripada pelbagai sektor industri yang mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dalam melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Tahniah kepada semua.