Mei 2, 2024

Search
Close this search box.

JAKIM iktiraf UTM sebagai pusat latihan halal

PUTRAJAYA, 18 Mei 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf oleh Bahagian Halal Hab, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai salah satu institusi di Malaysia bagi melaksanakan program latihan halal.

Dato’ Seri Jamil Khir melawat booth HOLISTICS Lab dan diberi taklimat mengenai aktiviti penyelidikan, perundingan dan latihan yang dilaksanakan oleh UTM – Halal Consortium oleh Dr Mohd Iskandar.

Timbalan Pengerusi UTM – Halal Consortium (UTM-HC) dan CEO HOLISTICS Lab Sdn Bhd, Dr Mohd Iskandar Illyas Tan berkata, latihan yang diiktiraf oleh JAKIM ialah Latihan Eksekutif Halal dan Latihan Audit Dalaman.

“Kedua-dua program tersebut telah dibangunkan oleh JAKIM bagi menyediakan syarikat dengan tenaga kerja berkelayakan seperti Eksekutif Halal dan Juru Audit Halal Dalaman ke arah mendapatkan pensijilan halal.

“Perlantikan ini membuktikan kepercayaan JAKIM kepada tenaga pengajar UTM yang berkelayakan bagi memberi latihan kepada industri dalam menyediakan tenaga kerja halal terlatih,” katanya.

Dr Mohd Iskandar yang mengendalikan syarikat hiliran UTM itu menerima sijil pusat latihan halal bertauliah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Dato’ Seri Jamil Khir menyampaikan sijil tauliah kepada Dr Mohd Iskandar.

Sebanyak 12 pusat penyedia latihan telah dilantik dalam kalangan universiti dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Dr Mohd Iskandar berkata, mulai tahun 2018, industri yang ingin memohon atau memperbaharui sijil halal wajib mengikuti program latihan halal yang dianjurkan oleh pusat-pusat latihan yang diiktiraf oleh JAKIM.

“Sebelum mendapat tauliah, sekumpulan pensyarah dan penyelidik dari beberapa fakulti dan pusat kecemerlangan (CoE) di UTM telah mengikuti latihan “Train the Trainers, Kursus Wajib Tenaga Pengajar Halal” yang dikendalikan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM.

“Kursus yang berlangsung pada 6 dan 7 Mei 2017 di Dewan al Marbawiy, UTM diadakan bagi menghasilkan tenaga pengajar yang berkelayakan dan UTM merupakan universiti pertama di dipilih bagi mengadakan latihan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini JAKIM masih dalam proses pemilihan bagi melantik tenaga pengajar yang bertauliah dalam bidang halal.

 

Explore More