Mei 1, 2024

Search
Close this search box.

UTM raih 1 Best Award, 2 emas dan 3 perak di ITEX 2017

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya meraih satu Best Award, dua  Emas dan tiga Perak di ITEX 2017 yang berlangsung selama tiga hari mulai 11 Mei lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Penyelidik UTM yang memenangi pingat di pameran ITEX 2017

Dr. Mohd Hafiz Dzarfan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (FKT) berjaya mendapat Asean Invention Excellence Award dan pingat emas menerusi penyelidikan yang bertajuk “K-Membrane : Smart Membrane For Oily-Wastewater Treatment”.

Manakala satu lagi pingat emas yang diraih oleh Dr. Mohd Azreen Mohd Ariffin dari Fakulti Kejuruteraan Awam melalui produk hasil ciptaan beliau yang bertajuk “GEO-CAST”.

Pingat Perak diperolehi oleh Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah dan Prof Dr. Zaidatun Tasir masing-masing dari Fakulti Pendidikan dan Dr Rosnani Hasham dari FKT.

Dr. Fatin Aliah Phang menghasilkan inovasi bertajuk “Iskandar Malaysia Ecolife Challenge For low Carbon Education” iaitu sebuah modul pendidikan yang menekankan kepada kepentingan “Low carbon Education” yang pertama di Malaysia.

Dr Rosnani menghasilkan “High Protein fish Pasta”, sedap, enak dan berkhasiat sesuai untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Produk ini merupakan kejasama dengan Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) di Mersing.

Manakal Prof Dr. Zaidatun menghasilkan “Mobile Based Muneracy Learning Applications for Learning Disabilities Students”, sebuah produk baru yang bertujuan memberikan pendidikan berfokus kepada subjek asas bagi kanak-kanak istimewa.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Pada pamean kali ini UTM menghantar lima produk hasil ciptaan lima orang penyelidik dari pelbagai fakulti. Produk tersebut terbahagi kepada beberapa jenis kategori antaranya  Biotechnology and Life Science, Foodstuff – Drinks– Paramedical – Health, Building – Architecture – Civil Engineering Construction – Materials – Woodwork – Education.

Pameran yang diadakan setiap tahun itu bertujuan menonjolkan produk-produk hasil ciptaan penyelidik Universiti Awam (UA) dan swasta kepada pihak awam serta pihak industri.

Explore More