April 27, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM katakan Tak Nak kepada rokok

4 April 2017 – Sebuah majlis perasmian program khidmat masyarakat GEMPAK’17 anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2015/2016 telah dirasmikan oleh Y Prof Dato’ Dr. Mohd Ismail Bin Abdul Aziz selaku Timbalan Naib Canselor HEMA UTM di Taman Tropika, Tasik Ilmu UTM. Pelancaran Kempen Anti-Merokok juga diadakan sebagai sebahagian dari program ini.

Prof Dato’ Dr. Mohd Ismail telah menandatangani banner kempen anti-merokok sebagai simbolik sokongan daripada pihak pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Slogan “Tak Nak!” merupakan inspirasi yang dicetus oleh kerajaan Malaysia dan slogan ini membawa pesanan dan mesej untuk mengatakan “tak nak kepada rokok” dan membuang tabiat buruk merokok.

Gejala merokok kini kian meningkat walaupun pelbagai kempen telah dijalankan untuk mengurangkan jumlah perokok. Hal ini juga semakin menjadi-jadi apabila gejala merokok mula berleluasa di dalam kampus. Justeru itu, pelancaran kempen anti-merokok ini menjadi inspirasi serta mendorong Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2016/2017 bagi menyahut seruan dan harapan daripada Yang Berbahagia Prof Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar selalu Naib Canselor UTM.

Majlis Perwakilan Mahasiswa serta pihak Universiti berharapan melalui kempen anti-merokok ini dapat menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya dalam kalangan mahasiswa/I dan seluruh warga UTM.

Sumber : Majlis Perwakilan Mahasiswa

 

Explore More