Disember 27, 2024

JOHOR BAHRU, 31 Mac 2017 – Satu sesi pengkayaan ilmu berkenaan “Social Return on Invenstment” atau SROI telah diadakan di Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), baru-baru ini.

Profesor Albert menerangkan SROI.

Bengkel yang berlangsung selama satu hari itu adalah yang pertama kali diadakan oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dengan kerjasama National University of Singapore (NUS).

SROI menjadi agenda utama dalam pelaksanaan projek komuniti apabila ia diletakkan di dalam KPI Universiti bagi tahun 2017.

Pengarah Program Kepimpinan Masyarakat Chua Thian Poh dari NUS, Professor Albert C Y Teo  telah dijemput sebagai fasilitator bagi memperkenalkan metodologi SROI secara khusus kepada peserta bengkel dimana peserta bengkel didedahkan cara untuk mengukur, mengurus dan perakaunan untuk nilai sosial atau kesan sosial keatas projek komuniti yang dijalankan.

Seramai 41 peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada staf penyelidik UTM, pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik bagi projek-projek yang terpilih dibawah Pusat Transformasi Universiti dan komuniti (UCTC) , Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Institut Inovasi strategik Johor (IISJ).

Objektif utama bengkel adalah untuk membantu Universiti mengukur nilai sosial atau impak kepada komuniti keatas program libatsama komuniti yang telah dilaksanakan dari aspek; i) Kepentingan “theory of change’ untuk program libatsama komuniti, ii) Kepentingan pemegang taruh dalam program libatsama komuniti dan iii) Perincian metodologi SROI dalam mengukur kesan sosial.

Mengetengahkan teori yang mendasari perubahan untuk mana-mana program campur tangan tertentu, ii) Pihak berkepentingan menentukan yang merupakan pihak berkepentingan utama dalam program campur tangan, dan  iii) Metodologi SROI dalam mengukur kesan sosial.

Semasa bengkel tersebut, peserta diterangkan pengenalan SROI berdasarkan skop, objektif, kepentingan pemegang taruh dan bagaimana perlaksanaannya. Antara pengisian bengkel adalah aktiviti interaktif yang dilaksanakan secara berkumpulan bagi mendalami dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang bengkel tersebut.

SROI adalah satu kaedah yang berasaskan prinsip untuk mengukur nilai tambahan kewangan (iaitu, nilai alam sekitar dan sosial masa ini tidak dicerminkan dalam akaun kewangan konvensional) berbanding dengan sumber-sumber yang dilaburkan.

Ia boleh digunakan oleh mana-mana entiti untuk menilai kesan ke atas pihak-pihak berkepentingan, mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan prestasi, dan meningkatkan prestasi pelaburan.

Explore More